Posted on

Karenah Pembeli Online

Assalamualaikum,

Antara pengalaman menarik dan suka duka sebagai peniaga online adalah berhadapan dengan berbagai karenah pembeli online.

Pengalaman ini hanya boleh dirasai oleh peniaga online sahaja dan antara senarai karenah pelanggan internet yang pernah berurusniaga dengan pihak admin anda boleh tengok di bawah.

  1. Dapat gelaran sis ( kakak ) ketika bertanya berkaitan produk. ( realitinya admin ni lelaki ) bukan wanita sahaja yang boleh jual produk wanita. Itulah untungnya perniagaan internet.
  2. Janji nak buat pembayaran, last-last ghaib macam tu sahaja.
  3. Mudah terpengaruh dengan dilek kedah ( admin biasa cakap kedah dengan customer )
  4. Buat pembayaran, sampai sekarang tak tau apa yang nak di order. Nak refund, mereka suruh simpan dulu. ( last-last ghaib juga )
  5. Paling magic, hari ni buat pembayaran dan hari itu juga nak barang tersebut sampai. ( mungkin manusia zaman akan datang kot ni )
  6. Bajet kaya ( tapi nak beli yang murah )
  7. Geng survey harga, belakon macam nak beli. Minta no akaun nak bankin last-last ghaib juga. Lama-lama sekali muncul dan mereka ingat pihak admin tak simpan rekod…hee..heee.
  8. Nak beli sikit ( dalam hati sebab nak harga murah ) tapi ayat mula dengan admin nak beli borong secara banyak. Last-last order 2 ke 3 unit sahaja kot-kot boleh dapat harga borong. ( cuba nasib )
  9. Masuk tak bagi salam, lepas dapat maklumat belah macam tu saja apa pun tak kata ( ini macam pun ada ).
  10. Nak order yang berkualiti, bila sebut harga kata mahal. ( pulak )
  11. Mula-mula order sikit, lepas tu order secara pukal. ( bertuah kalau dapat pembeli macam ni, beli sikit tu nak test kepercayaan )
  12. Kalau nak sertai mana-mana projek high income / high risk semua nak percuma, bila sebut kena caj dan-dan tak jadi.
  13. Selalu order produk yang tak ada dalam senarai..emm tak paham sungguh dengan karekter macam ini.
  14. Paling admin tak suka, order bertan-tan untuk COD. Suruh bayar dulu mereka kata takut kena tipu. Suruh deposit 50% bagi ayat bunga-bunga dan macam-macam. Time COD batang hidung pun tak nampak. ( tak pernah kena lagi sebab tak pernah layan buyer macam ni ).

Sesetengah peniaga suka follow up buyer ( kalau-kalau buyer terlupa ) terutama bab pembayaran order pertama. Dulu pihak admin ada juga buat follow up bab payment tetapi bila difikirkan balik keselesaan berurusniaga lebih penting untuk mengekalkan hubungan jangkamasa panjang antara peniaga dan pembeli. Jadi, sejak dari itu pihak admin tidak lagi terlibat dengan aktiviti follow up ni semua. Alhamdulillah, sale tetap ada.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

More from my site

  • Kisah Sakit Lutut Dan Cara Nak Bagi LegaKisah Sakit Lutut Dan Cara Nak Bagi Lega Kisah sakit lutut pulak dah.......ini pengalaman sendiri laaa dan boleh dijadikan bahan rujukan untuk mangsa-mangsa sakit lutut, sakit pinggang dan juga sakit belah tepi bagian paha.
  • Bila Berniaga Kena Pandai Berjimat CermatBila Berniaga Kena Pandai Berjimat Cermat Bila masuk bidang perniagaan, kena pandai berjimat cermat dan tahu untuk mengurus sumber kewangan yang sedia ada. Penting sungguh bab ni sebenarnya. Emmm ada lagi sambunganya dan boleh […]
  • Bitcoin Store Dan Account TwitterBitcoin Store Dan Account Twitter Bitcoin store support 100% sistem pembayaran menggunakan bitcoin dan ini merupakan salah satu cara mudah untuk masuk ke pasaran antarabangsa bersama-sama sistem pembayaran yang lebih […]
  • Cara Iklan Yang Tidak BerkesanCara Iklan Yang Tidak Berkesan 3 bulan admin test untuk iklan cara macam apa ntah teknik pun tak tau ni ( platfom online )......heeeee....heeeeeee. Sangat sedih kerana tiada sebarang petunjuk positif untuk dapat sale […]
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *