Kelajuan laman web dan blog

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Sudah cek atau belum berapa laju laman web atau blog yang tuan-tuan dan puan-puan miliki sekarang ini?.

Tak pernah ambil peduli pun..emmm mungkin blog atau laman web tuan-tuan dan puan-puan tidak bersifat komersial. Kalau macam tu, memang patut pun tidak di ambil peduli.Yang penting, ada laman web dan blog sudahhhhhh..tak gitu?

Pasai apa penting sangat dan kenapa laman web atau blog kita kena laju muat naiknya?..sebab utama dia adalah kerana tidak mau pelanggan kita cabut lari dan pergi ke laman web atau blog orang lain tampa sempat baca isi yang ada dalam laman web dan blog kita..

Macam mana nak tau laman web kita ni laju atau pelan? mudah sahaja…

  1. Sila test kelajuan dalam 2 ke 10 saat, sempat ka laman web kita tu dimuat naik semuanya?
  2. Sila test guna kemudahan internet yang paling slow sekali dan paling lembab sekali, contohnya dial up atau streamyx pakej paling murah.

Macam mana nak pastikan laman web dan blog kita sentiasa laju muat naiknya?

  1. Pilih syarikat penyedia web hosting yang terbaik.
  2. Kurangkan gambar-gambar yang bersaiz besar-besar.
  3. Padam link yang bermasaalah.
  4. Kurangkan make up yang berlebihan pada laman web atau blog.
  5. Buat laman web yang simple dan ringkas
  6. Yang lain tolong pikir sendiri

Sekian terima kasih dan selamat majujaya

LAGI KESAH MENARIK UNTUK DIBACA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *