Categories
Research & Development

Kempen Pengiklanan Jadi Lebih Mudah, Cepat Dan Jimat Masa Gara-Gara Bot Iklan Telegram

Ini sambungan kepada kisah bot iklan Telegram bahagian 4, 5 dan penutup tirainya. Kenapa pilih Telegram yang menyokong peranan bot iklan dan SEO?. Sebelum guna sesuatu perkakas untuk tujuan pengiklanan, kena tahu dahulu fungsinya dan AKU bot iklan ni buat apa?. Bahan ini disediakan oleh team pemasaran t.me/niaga24jam dalam format R&D.

Teruskan membaca…….dan semoga bermanfaat.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ini salah satu daripada caranya yang agak agresif digunakan untuk memburu sales melalui online dan kisah ini dibentangkan secara bersiri dan perkakasnya adalah bot Telegram. Kita cuba lihat hasilnya nanti..

Bot iklan ini tugasanya untuk meringankan beban aktiviti pengiklanan yang biasanya dibuat secara manual, kemudianya di automatikan. Harapan nya supaya setiap kempen akan jadi lebih mudah dan dapat bekerja di market Telegram dengan lebih baik. Market Telegram ini adalah market baru yang sangat berpotensi dan sedang cuba ditembusi oleh bot iklan untuk mencari hasil atau sales darinya. Bot ini nanti akan ditetapkan supaya dapat bekerja secara automatik oleh pelayan bot yang telah dibangunkan bagi memancing sales secara 24 jam. Prosesnya agak rumit tetapi boleh saja dilaksanakan jika kuat semangatnya. Lanjut ke kisah berikutnya…

Part 2….

Keupayaan trafik bagi bot iklan yang terkini sekitar 55k+ penampilan untuk tempoh 24 jam. Agak lumayan trafiknya tetapi itu hanya penampilan kasarnya sahaja. Perkiraannya, jika dapat tarik perhatian 0.5% dari keseluruhan trafik tersebut, itu sudah memadai. Itu baru 24 jam, jika tempoh 30 hari?….lumayan juga tu trafik yang bakal ditarik masuk…marketing itu stratergi sahabat-sahabat dan bot iklan itu perkakasnya dan itu pemahaman team pemasaran t.me/niaga24jam. Seterusnya…

Part 3….

Sebelum sales tercipta, kempen atau aktiviti pengiklanan lah yang akan memainkan peranan penting dilayar utama. Tujuannya, untuk menarik minat dan membuat hebahan kepada ramai orang supaya mereka sudi untuk menjadi pembelinya. Produk atau perkhidmatan yang hebat tidak akan berjaya menembusi pasaran jika maklumat berkaitan denganya disembunyikan. Itu yang team t.me/niaga24jam faham tentang kerja-kerja pemasaran. Jadinya, kempen dan aktiviti pengiklanan ini perlu dilakukan supaya matlamat asalnya tercapai. Nahhhhh! salah satu dari caranya yang team t.me/niaga24jam gunakan adalah bot iklan di Telegram dan SEO di search engine. Nanti sambung kisah ini…

Nantinya sambung akan kisah kenapa pilih platfom Telegram dan SEO yang berpaksikan enjin carian dan kenapa tidak cuba lain-lain platfom seperti Twitter, FB, Instagram atau Youtube?. Kenapa dan kenapa…

Part 4….

Begini kisahnya, 2 tapak tersebut PERCUMA dan hanya tapak yang ada ciri-ciri PERCUMA sahaja yang dapat meningkatkan ROI bagi setiap aktiviti bisnes semaksima mungkin dan ada tetapinya. Telegram ini support bot, kapasiti untuk group yang disediakan pulak mencecah 200k dan untuk channel ianya unlimited subscriber. Emmmm, 3 benda tu sahaja sudah memadai untuk aktiviti bisnes yang diketogorikan sebagai menjimatkan kos dan 1 hal lagi ianya percuma dan storage nya besar. SEO pulak dikeranakan sudah bermain-main dengannya sejak sekian lama dan sudah masak dengan selok-belok algoritham nya. Jadinya, mana patut ia ditinggalkan dan SEO ini sesuai untuk kempen jangkamasa panjang yang paling menguntungkan. Hanya perlu pandai menyerap masuk kata kunci yang ada potensi bisnes dan cipta karya tambah nilai berkaitan bisnes untuk tempoh jangkamasa panjang dan bakinya dibiarkan kepada SEO yang menentukan permainannya. SEO ini ada kaitannya dengan pemilik blog dan laman web. Jadinya, sesuai lahhh dengan citarasa team t.me/niaga24jam iaitu lebih suka melambakkan karya sendiri di platfom sendiri berbanding menumpangkannya di platfom luar……..al-kisahnya lebih kurang macam tu laaaaaa.

Apabila 2 tapak ini digabungkan, makanya jadilah ia perkakas untuk kerja-kerja pemasaran PERCUMA, BERSIFAT JANGKA MASA PANJANG dan ALTERNATIF kepada yang lain-lainya……..cara ini sangat berguna terutamanya kepada penggemar teknik pemasaran percuma dan organik…..ada lagi sambungannya…tungggguuuu.

Part 5….

Apa yang menjadikan kempen pengiklanan ini jadi mudah gara-gara bot iklan dan bagaimana caranya?. Pada kebiasaannya tugas ini dilakukan secara manual dengan kemampuan yang agak terbatas. Contohnya, untuk tempoh 24 jam jika dilakukan secara manual…pihak kami hanya mampu menghantar kempen 2 ke 5 kali sahaja dan perlakuan ini tidak dapat dilakukan secara konsisten seperti yang diimpikan pun dannnn tidak semua database berpotensi dapat ditembusi dalam tempoh tersebut. Hal itu terjadi disebabkan kekangan masa yang terbatas dan sibuk dengan hal-hal yang lainnya juga. Yang menjadikan aktiviti ini hambar nanti adalah menunggu hasilnya. Eeemmmm……apabila dilakukan secara manual dan hasilnya tidak kunjung tiba, semangat akan mula pudar dan hal ini pasti berlaku. Ia terbit apabila hal yang sama berlanjutan untuk suatu tempoh yang lama…….eeeemmmm, ini yang perlu dihadap oleh pemain teknik pemasaran cara manual. Memang kena hadap benda ini semua dan disebabkan itu ada pemain industri pemasaran ini memilih untuk menggunakan ads berbayar dari pelbagai platfom ternama dengan harapan target dapat diburu dengan lebih cepat. FB ads dan Google ads biasanya akan jadi sasaran utama kerana mereka memiliki database pengguna yang sangat besar dan kuat pengaruhnya. Jadinya, kenapa team t.me/niaga24jam memilih untuk guna bot iklan Telegram dan SEO pulak?. Tidak lain tidak bukan iaitu untuk mencabar kemampuan diri dan projek seperti ini sebenarnya berpotensi besar dimasa hadapan. Jika ianya mantul sudah tentu lumayan sekali hasilnya…..Eeeeemmmmmmm. Setakat ini, untuk tempoh 14 hari sejak pelayan diaktifkan, jumlah penampilan setiap kempen yang berjaya direkodkan adalah sekitar 770 ribu kali. Itulah hasilnya setelah benda ini diautomatikkan dan jumlah langganan percubaan yang diterima sekitar 10 ke 15 tempahan berbanding zero tempahan untuk tempoh yang sama ketika benda ini dilakukan secara manual. #kitabikinsendiri. Ada lagi sambungannya, teruskan membaca….

Penutup segala ayat….

Al-kisahnya, lebih kurang macam tu laaa…perananya. Jika berkemampuan, setup 1 bot iklan bersama-sama dengan komponen nya seperti mana yang telah digambarkan pada bahagian-bahgian sebelumnya dan bila sudah siap, booollllllleeehhhhh laaaaa……rembat sepuas-puasnya setiap peluang yang telah terhidang sehingga ke titik yang terakhir. Emmm……jika tidak berkemampuan, boleh saja tumpang pelayan bot iklan yang telah disiapkan oleh team pemasaran t.me/niaga24jam. Tak mahal pun, untuk tempoh 1 minggu / RM5 sahaja dan untuk tempoh 30 hari / RM10 sahaja. Untuk 30 hari, anggaran penampilan yang bakal dapat sekitar 1 juta 650 ribu++…..Emmmm, trafik + organik 24 jam yang sangat lumayan ramainya. Tak banyak…dapat tarik 1% perhatian pun sudah memadai. Semoga terhibur dan harap dapat sedikit manfaat dari kisah ini.

Untuk test pelayan bot iklan, klik bot iklan automatik TakeOver

Dannnnnn…tiada lagi sambungan agresif tentang kisah bot iklan Telegram ini…hanya pembetulan dan kemaskini ringan sahaja yang akan disokong.

Sekian terima kasih dan semoga maklumat ini bermanfaat. Kisah……berikutnya mungkin…mungkin tentang iklan organik SEO…..tungguuuuu.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *