Categories
Open Source Perniagaan Research & Development

Kena Survey Harga Dekat Shopee Selalu

Depa buang harga tahap mati….elok masuk tengok dekat Shopee….nak buat bisnes online apa yg sesuai dan yang mudah dapat, bab harga persaingan kena tau. Jika tidak, burn duit untuk investment saja laaaa.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Jika berhasrat untuk memulakan perniagaan secara online terutamanya produk fizikal tertentu, admin sarankan supaya buat lah survey PERSAINGAN harga dekat shopee terlebih dahulu ( harga mati kebuluran ).

Kes buang harga yang kritikal……..

Harga yang sesuai amat penting, jika margin untung sikit dan persaingan kuat elok dijauhi. Takut nanti tak boleh masuk market sebabnya ramai peniaga yang buang harga sampai ke tahap lantai yang mana margin untungnya sangat lah sedikit dan susah untuk dibuat sumber untuk survival pada zaman ini. Tak tau laaaa apa sudah jadi dengan bisnes online pada hari ini?…….mungkin sudah sampai ketahap terdesak yang teramat sangat agaknya. Produk boleh untung RM 15 ke RM 20 sepasang………..dapat ke peniaga online di Shopee, margin untung jadi RM 10 ke bawah dan ada yang free shipping dan ada yang dapat diskaun beberapa % shipping dari Shopee punya pakej. Mungkin tinggal beberapa RM sahaja setelah ditolak kos pos. Bisnes sebegini perlu kepada untuk dapat kuantiti tempahan yang banyak dalam tempoh tertentu…..perrrrrrgggghhhhhh….memang penat dibuatnya sebab produk bukan ketegori keperluan terdesak dan ketegori pusingan terhad pulak terhad………ditambah pulak dengan kadar persaingan yang tinggi dari peniaga kepada produk yang sama……..eeemmmmmm ( dari tak ada langsung, penat pun tak apa kan?$% ). Hantam saja laaaaa, janji tak scam buyer. Tetapi jika hendak membeli, Shopee sesuai sangat-sangat kerana faktor harganya dan ciri-ciri keselamatan yang disediakan. Untuk shopping dekat Shopee kena rajin membaca komen kerana dari situ akan ada gambaran kasar tentang produk yang boleh diperolehi dan harap membantu info ini.

Cabang-cabang bisnes yang sihat…..

Yang boleh dibuat harga sekarang ini, barang bundle original dan yang berkualiti tinggi dan rare. Emm….ingat tu yang berkualiti tinggi, original dan rare atau invest dalam pasaran modal kerana operasi buang harga dan risiko tak boleh masuk market sangat kecil peratusanya dekat situ. Harap maklum hendaknya dan cadangan ini yang berdasarkan apa yang admin buat dan admin sering kekurangan bekalan tetapi permintaanya begitu banyak sekali.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *