Posted on

Kena Survey Harga Dekat Shopee Selalu

Assalamualaikum dan salam hormat,

Jika berhasrat untuk memulakan perniagaan secara online terutamanya produk fizikal tertentu, admin sarankan supaya buat lah survey PERSAINGAN harga dekat shopee terlebih dahulu ( harga mati kebuluran ).

Kes buang harga yang kritikal……..

Harga yang sesuai amat penting, jika margin untung sikit dan persaingan kuat elok dijauhi. Takut nanti tak boleh masuk market sebabnya ramai peniaga yang buang harga sampai ke tahap lantai yang mana margin untungnya sangat lah sedikit dan susah untuk dibuat sumber untuk survival pada zaman ini. Tak tau laaaa apa sudah jadi dengan bisnes online pada hari ini?…….mungkin sudah sampai ketahap terdesak yang teramat sangat agaknya. Produk boleh untung RM 15 ke RM 20 sepasang………..dapat ke peniaga online di Shopee, margin untung jadi RM 10 ke bawah dan ada yang free shipping dan ada yang dapat diskaun beberapa % shipping dari Shopee punya pakej. Mungkin tinggal beberapa RM sahaja setelah ditolak kos pos. Bisnes sebegini perlu kepada dapat kuantiti tempahan yang banyak dalam tempoh sebulan…..perrrrrrgggghhhhhh….memang penat dibuatnya sebab produk bukan ketegori keperluan terdesak dan ketegori pusingan terhad pulak tu………ditambah pulak dengan kadar persaingan yang tinggi dari peniaga kepada produk yang sama……..eeemmmmmm ( dari tak ada langsung, penat pun tak apa kan?$% ). Hantam saja laaaaa, janji tak scam buyer.

Cabang-cabang bisnes yang sihat…..

Yang boleh dibuat harga sekarang ini, barang bundle original dan yang berkualiti tinggi dan rare. Emm….ingat tu yang berkualiti tinggi, original dan rare atau invest dalam pasaran modal kerana operasi buang harga dan risiko tak boleh masuk market sangat kecil peratusanya dekat situ. Harap maklum hendaknya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Follow my latest project:

Kisah menarik berikutnya.........

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *