Categories
Bitcoin Free Education Programs Open source Research & Development

Kenapa Perlu Invest Dalam Bitcoin

Cerita dia, jika tak tau kena tanya dan jangan dok buat-buat pandai…..harap maklum.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Benda ini merupakan sebahagian daripada teknik survival dunia moden pada hari ini yang boleh digunakan supaya dapat terus bertahan dari masalah yang melibatkan hal financial. Biasa laaaaaaaaa, hari tidak selalunya cerah dan sebelum jadi gelap elok dibuat persiapan setakat mana yang termampu dan admin guna kaedah yang ada dekat bawah..

Lebih kurang macam ini..riba itu haram.

Sebelum ini admin guna emas sebagai alat kalis inflasi dan lindung nilai untuk mengatasi kelemahan duit kertas tetapi masalah emas ni pulak yang admin cukup tidak berkenan adalah tahap kecairanya yang rendah ( nak guna kena cari ar rahnu dan ada upah simpan pulak tu. Dok nampak macam nak ke arah sistem riba dah ni..hee..heee ). Tup-tup terdengar pulak adanya bitcoin sebagai aset lindung nilai terbaru, kalis inflasi, sesuai dijadikan alat pertukaran diperingkat local dan juga global, boleh dibuat alat pelaburan masa depan yang menguntungkan dan banyak lagi laaahhh kelebihan lainya dan bila admin bandingkan balik dengan emas yang admin pernah hold sebelum ini, emmmmmmm……memang bitcoin lagi mewah dan hebat fungsinya dari emas. Heeee…heeee, kalau dah jatuh cinta macam tu laa jadinya….kaaaaaannnnn????…. Emmmmm, apa lagi pindah terus laaaa mana-mana saki baki kekayaaan yang masih tersisa tu.

Masih belum terlewat…

Tetapi agak terlewat, semasa admin masuk harga bitcoin sekitar RM 5000 untuk 1 BTC ( bitcoin ) berbanding sekarang RM 25000 / 1 BTC ( waktu posting ini dimuat naik ). Heeee…heeeeee. Sempat juga laaa merasa habuan terpantas dari bitcoin. Cumanya transaksi jual beli sebagai alat pertukaran, itu admin belum dapat merasa lagi disebabkan bitcoin tidak begitu mesra dengan keadaaan tersebut buat masa ini ( kena tunggu lama untuk pengesahan dan tidak begitu sesuai untuk aktiviti micropayment ). Mungkin selepas tool lightning network yang tengah diuji pandu ini siap sepenuhnya, baru rancak rasanya urusan tersebut. Jadinya, kena tunggu laaaaa dan apa bulih buat kan.

Jangan dok buat-buat pandai kalau tak tau…

Bagi yang masih mencari alat lindung nilai terbaik selain daripada emas, boleh try bitcoin dan admin sarankan sangat-sangat untuk alihkan sebahagian dari kekayaan yang masih tersisa ke akaun bitcoin…memang best dan mantap hasilnya. Cerita dia, jika tak tau kena tanya dan jangan dok buat-buat pandai…..harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *