Categories
Decentralized Open source Research & Development

Kenapa Perlu Pilih Digibyte?

Kali ini kita cuba guna Digibyte payment sistem pulak. Untuk pengguna matawang digital sahaja. Ianya laju, selamat dan tx fee tersangat laaaa murah….pesaing terdekat kepada Visa…

Assalamualaikum dan salam hormat,

Sebab ianya selamat ( susah nak kena hacking ), laju, decentralized, tx fee untuk transfer coin pulak tersangat laaaaaa murah dan hampir kepada tiada tetapi ada dan sesuai sangat-sangat untuk dijadikanya sebagai alat pertukaran bersaiz kecil atau micro ( micropayment local dan international ). RM 0.10 pun boleh dipindahkan dengan kadar kelajuan antara 5 tps ke 15 tps. Emmm, gerai nasi lemak dan roti canai pun boleh menggunapakai wallet digibyte sebagai alat pertukaran menggantikan nilai wang kertas ( cashless system ).

Digibyte Blockchain

Kesempatan untuk jadi kaya dengan Digibyte….

Digibyte ini kurang mendapat sambutan dari pengguna kerana sejak diperkenalkan dan promosi mengenainya amatlah sedikit berbanding coin-coin lain yang sebaya denganya seperti ETH, LTC, ZCASH, MONERO dan beberapa lagi altcoin yang lainya. Dari segi harganya pulak, DIGIBYTE masih lagi berada pada level harga diskaun terbaik jika hendak dibandingkan dengan keupayaanya yang sebenar ( sempat lagi untuk jadi kaya ).

Kedudukan terkini Digibyte………

DGB Rank:40
Marketcap: $318,432,880.00
$ 0.0303822 | 0.00000459 BTC
24h: 6.93% | 7d: 29.6 %

Pilihan terbaik buat masa ini…..

Untuk simpan nilai bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang, BTC adalah coin pilihan terbaik setakat ini dan untuk term of micropayment, DGB paling sesuai berbanding BTC dan lain-lain ALTCOIN. Digibyte buat masa ini boleh digunapakai pada platfom Android, IOS ( dalam fasa beta ) dan desktop ( Windows, Linux dan Mac OSX ).

Part yang paling menarik…….

Boleh juga digunakan sebagai aset pelaburan jangkamasa panjang bagi tujuan membasmi kemiskinan tegar dikalangan rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan isi rumah dibawah paras RM 3000 ( bab ini kena tanya admin, jika berminat untuk menggunapakainya nanti dan perlu ikut cara kerjanya ).

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *