Posted on

Kepentingan sistem shopping cart

Asslamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Bertemu sekali lagi, untuk kali ini saya nak kongsi sikit tentang  kepentingan sistem shopping cart.Saya pasti masih ramai yang  belum tahu lagi tentang perkara ini.

Apakah sebenarnya sistem shopping cart?. Buat masa ini apa yang ada pada pengetahuan saya, ianya hanyalah sistem kedai online yang digunakan secara meluas untuk urusan jual beli di  internet supaya menjadi lebih mudah dan lebih teratur.Nak tahu lebih mendalam tentang perkara ini, tuan-tuan dan puan-puan boleh geledah dalam google search engine.

Walaupun aplikasi ini telah lama wujud, tetapi masih ramai lagi yang tidak berminat untuk mengunakanya. Saya sebenarnya telah mengunakan sistem shopping cart ini sejak dari tahun 2006 lagi. Antara platfom yang saya guna adalah:

  1. Sejak dari tahun 2006 sehingga 2008 platfom sistem shopping cart yang saya guna adalah QUICK CART dari opensolution.org
  2. Sejak dari tahun 2008 sehingga sekarang platfom sistem shopping cart yang saya guna adalah OPENCART dari Opencart.com

Jika tuan-tuan dan puan-puan nak tengok contoh laman web sistem shopping cart yang saya guna tuan-tuan dan puan-puan boleh rujuk saja disini: SILA KLIK DISINI

Jika tuan-tuan dan puan-puan berhajat untuk memasang platfom sama seperti apa yang saya guna, tuan-tuan dan puan-puan boleh upah saya untuk memasangnya untuk tuan-tuan dan puan-puan. Bab harga boleh dibawa berbincang. Untuk keterangan yang lebih lengkap tuan-tuan dan puan-puan boleh rujuk disini: SILA KLIK DISINI

Selain dari apa yang telah saya senaraikan ini, masih banyak lagi platfom lain yang boleh dicuba antaranya:

  1. OSCOMMERCE
  2. MAGENTO
  3. UBERCART
  4. ZENCART
  5. PRESTASHOP
  6. Dan banyak lagi…

Buat masa ini jika tuan-tuan dan puan-puan ingin mencari sumber pendapatan tambahan melalui internet, salah satu cara yang dirasakan sangat-sangat sesuai adalah dengan memasang sistem shopping cart. Dengan adanya sistem shopping cart tuan-tuan dan  puan-puan boleh menjual sebarang produk fizikal yang dirasakan sesuai mengunakan platfom tadi. Sepanjang hampir 5 tahun terlibat dengan perniagaan internet dan dengan bantuan platfom sistem shopping cart, pihak saya telah berjaya mengutip pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Kadang-kadang pendapatan ini boleh mencecah sehingga RM3000 sebulan.

Sepanjang 5 tahun, inilah platfom yang banyak membantu saya dalam mencari, menambah dan memasarkan produk yang saya tawarkan ini tidak kira masa dan waktu.Sistem ini juga beroperasi 24/7 tiap-tiap hari selama mana tidak ada ganguan teknikal.

Ini hanyalah sumber perkongsian maklumat, jika ada sebarang pertanyaan sila tingalkanya diruangan komen yang telah tersedia secara percuma dibawah.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba..

More from my site

  • Pemasaran 3 SerangkaiPemasaran 3 Serangkai Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan, Emm, lama sungguh tak update cerita dalam blog ini. Apa sudah jadi? yang sebenarnya saya tengah fokus untuk projek terbaru.Projek pemasaran 3 […]
  • Shopping cart + affiliates systemShopping cart + affiliates system Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Bertemu sekali lagi, sekadar ingin berkongsi maklumat.Tahukan tuan-tuan dan puan-puan bahawa sekarang ini sudah ada sistem shopping […]
  • Pakej pemasangan laman web perniagaanPakej pemasangan laman web perniagaan Assalamualaikum, Ini merupakan pakej yang pertama dari saya untuk peniaga internet yang memerlukan shopping cart + blog. Dengan pakej yang ditawarkan ini anda dapat memiliki laman  […]
  • Orang Malaysia Suka Shopping OnlineOrang Malaysia Suka Shopping Online Maklumat ringkas untuk kegunaan blogger tentang sikap pembeli online di Malaysia.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *