Categories
Perniagaan Research & Development

Kisah Persaingan Dalam Perniagaan

Depa tiru, depa buang harga dan depa jual pada harga yang tak boleh nak jadi kaya harta benda…Emmm nak tutup kedai ke?. Benda ini semuanya memang wujud….ya memang wujud di alam perniagaan hari ini sejak dari dulu-dulu lagi dan kepada yang tidak dapat bersaing, alamatnya tutuppppp kedai laaaa. Emmmmmm, maknanya semua benda ini akan tetap berlaku dannnnnnnnnnnnnn oleh kerana itu persiapan awal perlu dibuat siang-siang lagi

Assalamualaikum dan salam hormat,

Haaaa…haaaaa bab paling risau bila kita terlibat di dalam bidang perniagaan di zaman ini adalah PERSAINGAN.  Betul ke benda ni sangat berbahaya?

Depa buang harga, depa buat benda dan produk yang sama tetapi nama lain, jual dengan harga yang jauh lebih murah di pasaran sebab depa boleh buat dengan kos yang lebih murah dari produk kita, depa buka bisnes yang sama dekat sebelah premis perniagaan kita ( fuhhh memang gila punya kerja ) dan banyak lagi. Benda ini semuanya memang wujud….ya memang wujud di alam perniagaan hari ini sejak dari dulu-dulu lagi dan kepada yang tidak dapat bersaing, alamatnya tutuppppp kedai laaaa. Emmmmmm, maknanya semua benda ini akan tetap berlaku dannnnnnnnnnnnnn oleh kerana itu persiapan awal perlu dibuat  siang-siang lagi. Apakah persiapan yang paling cepat sekali admin buat untuk kekal bersaing secara sihat dalam arena perniagaan pada hari ini?.

Apa yang admin buat?.

  1. Buah mola bila start saja bisnes, admin fokus bina brand terlebih dahulu ( mana-mana urusan semua pakai nama perniagaan dan logo syarikat sebagai pengganti ).Pelanggan kenai syarikat lebih dari kenai admin sendiri ( admin depa tau namanya sahaja ).
  2. No dua, deal dengan supplier barang seberapa banyak yang mungkin( teknik paling syok sekali ). Yang ini menyebabkan admin tak pernah rasa down bila produk kena attack.
  3. Bawa keluar produk sendiri ( satu jenis sahaja ). Produk yang sukar untuk tiru dan sebagainya untuk dijadikan benteng terakhir kepada perniagaan.
  4. Pasang sistem pemasaran untuk rekrut bala tentera pemasaran.
  5. Viral dan masukkan perniagaan yang sedia ada ke dunia internet. Aplikasikan semua medium internet yang ada untuk kegunaan perniagaan supaya mendapat liputan dan kawasan jajahan yang lebih luas.
  6. Dan banyak lagi, dannnnnn admin sudah naik cemuih untuk taip satu-satu ( kalau nak tau secara berlebih-lebihan kena lah mai mengaji, tetapi akan dikenakan yuran yang agak tinggi  dan yang sangat-sangat tidak masuk dek akal dan yang tak ada belas ehsan sama sekali  ). Heee..heeeee, kalau berani mai laaa cuba.

Cerita dekat atas tu semua sekadar menurut hukum akal sahaja. Sama ada nak dapat lebih, produk kena attack, kena tiru, agen buang harga, bisnes bungkuih awal dan macam-macam lagi bukanlah faktor utamanya. Ianya terkandung di dalam bab REZEKI, MASA dan JALAN-JALANNYA ( bukan ketegori hukum akal ). Bab ini kena masuk bab IMAN.

Ada pertanyaan dan segala bagai yang berkaitan, sila whatsapp/telegram ke talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *