Posted on

Konsep Bisnes Beg Bundle Yang Berisiko Tetapi Mantap

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ini pengalaman admin jual beg bundle guna konsep booking ( untuk dapatkan stok terbaik ). Hee…heeeeee dan konsep semacam ini agak mencabar kerana buyer tak boleh tengok stok yang bakal mereka dapat…Emmmm….jadinya, macam mana nak pilih kan?….itu kan payah jadinya…..macam mana boleh jadi macam tu dan apa solusi yang admin buat?….

Konsep yang agak keterlaluan…..

Kisahnya, stok beg bundle yang admin adjust semuanya stok terpilih dari kualiti 70% sehingga 90% dari 5 lokasi terpilih sahaja iaitu Japan, Italy, France, Paris dan USA ( tengok lokasi aaaaa, China tidak termasuk ). Untuk dapatkan stok yang cun kena booking, jika tidak berbuat demikian, semua stok yang cantik-cantik akan disapu oleh buyer lain kerana mereka tau hanya stok yang elok, cun dan berkualiti sahaja yang senang untuk dijual semula kepada end user dan jika dapat stok yang tersangkut dengan jenama terkenal lagi tertentu itu dianggap sebagai bonus ( yang berjenama, harga ketat dan keras ). Kesimpulanya konsep booking ini lebih menyerlah keberuntunganya tetapi susah untuk meyakinkan buyer ( kena ada kecekapan dalam perbincangan ) kerana barang yang mereka akan terima belum dapat dipastikan lagi rupa dan bentuknya ( ianya akan dipilih oleh agen yang bertauliah secara random ). Dari kisah itu lahhhh yang biasanya akan mendatangkan kecurigaan pada diri seorang buyer ( biasanya newbie, tetapi otai pun ada rasa yang sama ). Cara ini lebih baik dari beli timbang kilo atau pilih yang buka guni ( stok bukan dari guni asal, yang elok telah diasingkan dan digunikan semula ).

Hasilnya mantap…

Cara ini memang susah untuk mendapatkan tempahan pada peringkat pertama. Terutamanya dari buyer yang ada kuat sifat was-wasnya walaupun ada jaminan dan ciri-ciri tertentu yang telah diterangkan ( ini masalah lambat pickup ). Untuk tempahan kali kedua semuanya akan berjalan dengan lancar kerana pengalaman telah mengajar mereka tentang sesuatu. Heeeeee….heeeeee……dan lagi satu hal, beg bundle ni stoknya akan masuk market secara peringkat-berperingkat dan setiap stok yang sampai akan berbeza-beza karektornya, jadinya bagi buyer yang bijak…sudah tentu tidak memilih jalan tamak dan hanya akan ambil stok berkualiti sekadar keperluan bisnes tertentu sahaja dan bajet selebihnya disimpan untuk stok menarik yang berikutnya kerana dalam banyak kes, stok yang akan datang kadang-kadang lebih menarik dari yang telah tersedia ( biasanya akan jadi seperti itu ). Di sinilah pentingnya peranan konsep booking untuk lock barang baru yang cun…..emmmmm…..boleh faham kot?..

ROI tinggi dan RISK sangat rendah…

Emmm, itulah hasilnya dan siapa berani boleh cuba konsep bisnes yang semacam ini dan cara ini sangat menjimatkan kos dan ROI tinggi bro!…dan risiko barang tak laku tersangat lah rendah.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

P/s: Tak ada orang beli, ini masalah rezeki pintu masuknya kecik. Kena banyak berdoa supaya pintu gerbang untuk masuk rezeki dibuka oleh ALLAH seluas langit dan bumi….heee..heeeeee.

More from my site

  • Stok Beg Bundle Bulan SeptStok Beg Bundle Bulan Sept Tak dapat yang baru, dapat stok bundle yang original pun jadi laaahhhh. Stok yang selalu ada terdiri dari beg tangan wanita dan juga clutch untuk lelaki-lelaki ganteng.
  • Cara Lain Untuk Aktifkan 90 Billion Neuron Sel Dalam MindaCara Lain Untuk Aktifkan 90 Billion Neuron Sel Dalam Minda Ini salah satu projek untuk melahirkan manusia bijak, cerdik dan pandai dan....emmmmm..... mungkin juga tahap super. Ada banyak cara tetapi yang ini salah satu darinya dan yang boleh […]
  • Iklan Dekat InstagramIklan Dekat Instagram Dekat platfom instagram, admin ambil masa hampir setahun juga untuk berasimilasi sebelum berjaya dapat dan tau caranya yang secotet put untuk tarik sale dari sana. Emmmm macam-macam teknik […]
  • Beg Bundle Baru Sampai Stok Bulan 06/2016Beg Bundle Baru Sampai Stok Bulan 06/2016 Dia punya kualiti memang terbaik dan macam tak pecaya saja bahawa semua beg ni adalah beg original bundle.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *