Posted on

Laman Web Kena Ceroboh dan Reported Attack Page

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Bertemu sekali lagi, selaku pemilik laman web pernahkan laman web tuan-tuan dan puan-puan kena ban sementara waktu oleh enjin pencari?

Kalau belum lagi merasai pengalaman seperti itu, elok baca artikal ni baik-baik.Artikal ini datangnya dari pengalaman saya sendiri ketika laman web niaga24jam.com kena ban dan kena serang baru-baru ini. Macam mana boleh kena ban? sila baca kisahnya dibawah:

Gambar yang tuan-tuan dan puan-puan lihat dekat atas adalah gambar yang akan tuan-tuan dan puan-puan lihat apabila laman web tuan-tuan dan puan-puan dikenakan ban atau disekat  sementara waktu. Gambar tersebut keluar sebagai tanda amaran oleh pihak penyedia enjin pencari terutamanya dari Google. Bagi pengguna web browser FIREFOX, biasanya gambar ini lah yang akan dipaparkan terlebih dahulu. Amaran ini tidak bermaksud laman web tuan-tuan dan puan-puan tidak boleh di layari. Laman web tuan-tuan dan puan-puan masih boleh dilayari  tetapi  dengan cara mengabaikan sahaja amaran yang diberikan. Harus di ingat amaran yang tuan-tuan dan puan-puan lihat seperti gambar di atas itu sudah cukup untuk membuatkan bakal pelanggan,pembeli dan pembaca akan merasa was-was untuk masuk ke laman web tuan-tuan dan puan-puan. Perkara ini memang sangat serius bagi pemilik laman web…apa akan jadi jika perkara ini dibiarkan tampa sebarang tindakkan segera?

Kehilangan keyakinan, kehilangan pembaca, kehilangan pembeli, jumlah kunjungan trafik ke laman web juga akan menurun, rating laman web akan tercermar dan hasil pun akan berkurangan la… nampaknya..Apa sebabnya perkara ini boleh berlaku?

  1. Yang pertama laman web tuan-tuan dan puan-puan telah menjadi mangsa serangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
  2. Laman web tuan-tuan dan puan-puan telah  menjadi agen kepada hacker untuk menjadikan laman web tuan-tuan dan puan-puan sebagai agen pihak ketiga untuk kepentingan dan kerja-kerja rahsia tertentu yang dirancang oleh mereka.
  3. Laman web tuan-tuan dan puan-puan telah di tanam kod rahsia didalamnya oleh penjenayah siber..di mana perangai kod tersebut adalah sukar untuk dijejaki jika tuan-tuan dan puan-puan tiada kemahiran yang tinggi dalam bab keselamatan laman web dan pencegahanya..

Bagaimana untuk mengesan kod rahsia yang ditanam oleh hackers?. Untuk maklumat tuan-tuan dan puan-puan, selagi kod rahsia tersebut tidak dibersihkan dari server laman web tuan-tuan dan puan-puan selagi itulah tanda amaran yang dipaparkan dekat atas tadi akan terus keluar sebagai agen penting kepada  enjin pencari yang digunakan sebagai tanda amaran untuk pengguna internet yang lainya..bahaya pada tahap yang sangat serius yang mana boleh menyebabkan laman web tuan-tuan dan puan-puan akan terus dipinggirkan oleh pembaca, pengguna internet dan juga bakal pembeli..Untuk mengesan kod rahsia yang ditanam, hal ini bergantung kepada kecekapan, pengalaman dan juga kepakaran.Untuk kes saya, jangka masa yang diambil adalah 2 hari.  Untuk masaalah tuan-tuan dan puan-puan itu saya tidak pasti dan saya berharap tuan-tuan dan puan-puan tidak terkena serangan seperti ini.

Sila rujuk dekat sini jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ini: http://www.stopbadware.org/home/security

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum terkena

  1. Sentiasa kemas kini platfom laman web yang diguna pakai
  2. Sila pastikan laman web tuan-tuan dan puan-puan ada menyimpan backup  yang terkini
  3. Sentiasa memantau pergerakkan laman web tuan-tuan dan puan-puan setiap masa..

Sebarang komen atau jika perlukan bantuan berkenaan perkara ini, sila tinggalkanya diruangan komen yang telah tersedia secara percuma dibawah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

More from my site

  • Pembekal sabun gluta kojic 2 layer dan 3 layerPembekal sabun gluta kojic 2 layer dan 3 layer As salam tuan-tuan dan puan-puan, Pihak saya ada membekal sabun gluta kojic 2 layer dan juga 3 layer yang original untuk pasaran tempatan. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan […]
  • Cincin Emas 916Cincin Emas 916 Miliki cincin emas 916 pada harga yang berpatutan dan bawah pada harga pasaran semasa.
  • FCPO – tempat buat duit di internetFCPO – tempat buat duit di internet Assalamualaikum, Ahaaaa, hari ni kita cuba teliti tengok maklumat yang saya hendak sampaikan ini.Mungkin ada yang berminat untuk mencuba nasib di sini.FCPO ini apa sebenarnya […]
  • Rujuk Kes Penipuan Di Internet Dekat SiniRujuk Kes Penipuan Di Internet Dekat Sini Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan, Kes ini  memang berat, iaitu menipu di alam maya iaitu di  internet.Ya untuk menipu di alam internet memang mudah dan senang sekali. Untuk […]

2 thoughts on “Laman Web Kena Ceroboh dan Reported Attack Page

  1. Web attack merupakan attack paling popular…
    -persoalan ni boleh diatasi
    jika programmer + ade masa = study & enchanced applikasi
    Jika programmer + takde masa = upah org + pasang WAF
    Jika bukan programmer + ade masa = pasang waf/upah pasang waf
    Jika bukan programmer + takdemasa = upah org + pasang waf

    Jgn guna shared hosting

  2. Masalah selesai selepas tukar Syarikat hosting….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *