Categories
Decentralized Open source Research & Development SEO Web & Blog Activity

Lawan Kepada Google Search Engine

Presearch adalah search engine terbaru yang berteraskan teknologi blockchain telah dibangunkan untuk lawan kuasa monopoli Google search engine…..projek ini memang menarik…dan banyak insentif menarik diberikan kepada penguna

Assalamualaikum dan salam hormat,

Google search dah ada pesaing dan pesaing tersebut menggunapakai teknologi yang berteraskan blockchain ( ethereum ) dalam usahanya untuk mengurangkan kuasa monopoli google terhadap search engine yang pada masa ini telah menguasai hampir 77% global market share yang datangnya dari pengguna desktop dan 96% pulak dari pengguna mobile. Keuntunganya yang mencecah hampir $100 billion dengan purata carian berjumlah 5 billion setiap hari.

Ini yang sering berlaku….

Nak tahu kenapa ranking di dalam senarai google search engine selalu ghaib?, ini haaa kisahnya. Sejak google search engine mengambil alih kuasa gatekeeper global hal ini kerap berlaku dengan alasan algoritham berubah. Kesan dari aktiviti ini admin hilang 80% kuasa organik search engine walaupun telah memparktikan etika seo yang telah digariskan oleh pihak Google. Semua itu hanya lah permainan disebalik nama algoritham terhadap pengamal organik search sahaja. Telah sedia maklum organik search sangat berpengaruh di dalam senarai search engine sampai bila-bila pun. Dekat bawah tu kata-kata dari pesaing yang mencipta search engine alternatif untuk bersaing dengan Google.

“There wasn’t any real recourse and we were shut out,” he said. “We kept on getting bumped to webmaster help lines. People were telling me Google is always right and you must have screwed something up.”

Maka lahirlah……

Maka lahirlah PRESEARCH sebagai projek yang bersandarkan kepada kekuatan teknologi blockchain dengan pelbagai insentif menarik kepada pengguna search engine itu nanti ( fasa pertama bulan SEPT 2017 akan dilancarkan ). Admin sarankan kepada para blogger dan pengguna internet dimasa akan datang sudi-sudilah meluangkan masa untuk menjadi pengguna dan memberi sokongan padu terhadap PRESEARCH demi menghapuskan kuasa monopoli untuk mengembalikan hak sebenar pengguna internet ( pada asalnya internet itu decentralized ) dari sesetengah pihak yang berkepentingan peribadi yang melampau-lampau.

Mereka suka sembunyi maklumat…ikut sedap mereka

Buat masa sekarang pihak admin layan Duckduckgo search engine sebagai alternatif untuk mencari pelbagai lagi maklumat tambahan yang kebanyaknya telah disembunyikan oleh pihak Google dari pandangan umum…..Google menggunakan kuasa monopoli algoritham nya untuk tujuan tersebut. Penguna internet perlu sedar tentang hal ini……

Insentif menarik dari Presearch

Join Presearch, jika berminat untuk menjadi sebahagian daripada pelabur kepada projek tersebut dan admin nampak projek ini ada potensi masa depan yang sangat cerah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *