Categories
Marketing Open source Research & Development

Marketplace Untuk Usahawan Bumiputera Di Malaysia

Alang-alang untuk buat marketing, buat sampai jadi. Ini salah satu darinya platfom yang disarankan.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Sebelum tutupnya tirai 2018, admin sempat siapkan 1 platfom pemasaran jangkamasa panjang dan platfom ini untuk kegunaan usahawan Bumiputera bersaiz kecil. Konsepnya sangat ringkas dan disokong oleh escrow ( pemegang amanah yg akan menghalang aktiviti penipuan ).

Serba sedikit maklumat terkait…..

Produk tiruan tidak dibenarkan untuk masuk cari makan di dalam platfom ini. Komisen 0.5% akan dikenakan kepada setiap hasil jualan yang berjaya sahaja dan penyertaan adalah percuma. Platfom dibangunkan menggunapakai konsep open source dan fokus utamanya untuk memberi kemudahan pemasaran yang bersifat jangkamasa panjang, jimat dan menguntungkan. Kepada usahawan yang berminat dijemput untuk memenuhi slot-slot pengiklanan yang masih berbaki, yang mana ianya hanya terhad untuk 100 penyertaan yang terawal sahaja diperingkat permulaan.

Harap projek ini mendapat sokongan yang padu, terutamanya usahawan dari negeri Kedah Darulaman…telah sedia maklum, sesi permulaan hanya dibuka kepada 100 peserta yang terawal sahaja (kemampuan untuk terima transaksi besar agak terhad).

Kepada yang berminat, boleh saja daftar dekat sini Malaysia blogger marketplace.

Sekian terima kasih dan  selamat majujaya.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *