Categories
Cryptocurrency Free Education Programs Open source Research & Development

Masalah Pengguna Cryptocurrency Di Malaysia Adalah Liquidity

Memang susah laaa jika liquidity melemah. Pengguna cryptocurrency di Malaysia boleh saja belajar guna DEX atau P2P exchange yang support escrow. Selamat mencuba.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Heeee…..heeeee nampaknya masalah liquidity ( tahap kecairan ) masih menebal kepada pengguna matawang digital itu di Malaysia. Bukan senang untuk beli dan jual matawang tersebut bila ianya diperlukan ketika liquidity nya berada ditahap yang masih rendah terutamanya bila hendak ditukarkan ke Ringgit Malaysia ( untuk dijadikan alat pertukaran tanpa melibatkan RM tidak ada sebarang masalah ).

Selepas akaun bank luno dibekukan..

Ini yang admin terpaksa hadap selepas akaun local bank bagi pihak Luno exchange dibekukan sementara waktu operasinya. Luno merupakan salah satunya cryptocurrency exchange yang support MYR dan sangat familiar bagi pengguna cryptocurrency di Malaysia walaupun hanya menyokong BTC dan ETH. Luno adalah jambatan yang sangat berguna kepada peminat atau pengguna cryptocurrency di Malaysia kerana liquidity yang tersedia, fee dan prosesnya yang mudah. Pengguna hanya perlu bijak untuk menggunakan kemudahan jambatan tersebut.

Alternatifnya sudah pun ada..

Matawang digital boleh dibeli serendah RM10 sehingga puluhan ribu ringgit dan untuk mengatasi masalah liquidity, pengguna di Malaysia hanya perlu tahu untuk menggunakan kemudahan decentralized exchange atau P2P platfom yang menyokong kemudahan escrow untuk mengelakkan aktiviti penipuan. Buat masa ini, 2 kemudahan tersebut masih belum mendapat tempat dihati pengguna cryptocurrency di Malaysia kerana mereka kebanyakkanya aktif bersama private group dan melakukan transaksi tertutup sesama sendiri ketika platfom seperti Luno tidak berfungsi sebagai orang tengah. Selagi aktiviti ini berterusan liquidity sukar untuk dibentuk. Admin masih menunggu detik-detik pengguna cryptocurrency di Malaysia menggunapakai 2 kemudahan tersebut, mungkin sedikit masa lagi.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *