Meraih Populariti Melalui Komen Tahap Super

Assalamualaikum dan salam hormat,

Satu lagi cara untuk mengembangkan bisnes atau nak jual produk dekat target buyer yang tepat. Caranya dengan hanya meninggalkan komen tahap super atau 5 star dekat laman media social yang bersangkutan.

Apa yang perlu dibuat adalah pilih page atau laman media social yang ada dan yang bersangkutan dengan ilmu yang kita ada. Secara realitinya jika dekat facebook contohnya, likers dan pengomen dalam sesuatu page sememangnya ada minat yang sama dengan topik atau tajuk yang diangkat naik. Jadi macam mana nak masuk port?.

Haa..haaa ianya sangat mudah dan  jangan tanya admin, setiap soalan dan jawapan admin, akan dikenakan caj ayat dengan harga yang  sangat tinggi kerana perkara ini adalah perkara bisnes. Bahan-bahanya adalah bersifat nilai tambah, berkualiti tinggi dan semua penganut media social sudah tahu macam mana nak taip komen ( merapu atau bersifat ilmiah itu tidak penting, yang penting qreti nak turunkan komen ). Tak besa komen? tak mungkin…

Apa yang perlu dihindari?

Tidak terlibat dengan page atau laman media social yang merapu dan tidak ada nilai tambah ( harap-harap anda faham bab  ini ). Komen 5 star adalah komen bersifat nilai tambah bukan bersifat untuk menjadi keyboard warrior.  Direct promote sale itu bukan nilai tambah dan itu spammer ( geng buruk perangai ) dan jangan amalkan cara ini kalau tak mau kena ban seumur hidup.

Pertanyaan sila whatsapp/telegram ke talian 011 3222 9401

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: jika menjadi, jangan lupa sedekah kan keuntungan yang diperolehi dekat manusia yang tidak bernasib baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *