Categories
Cryptocurrency Research & Development

Modal Sekecil $10 Juga Boleh Berjaya Di Pasar Kripto

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit…

Bismillah,

Asalkan berani dan pandai mengurus modal pokok yang sedikit untuk dikembangkan menjadi besar dan terus membesar secara berperingkat. $10 katakan?… Saranan admin, $50 lebih baik supaya tidak merasa kebosanan.

Yang terbaru, admin mula dengan modal pokok $36 dan 30 hari berikutnya jumlah tersebut telah berjaya dikembangkan menjadi $124. Peringkat awal, kadar untung untuk satu transaksi sekitar $1 ke $2.5 dan kadang-kadang mampu menjangkau $10.

Syarat utama peniaga di Pasar kripto yang bermodal kecil seperti $10 sehingga $50 adalah…

  1. Beri tumpuan pada aset blockchain teknologi yang kuat bertahan dan mampu untuk bangun kembali setelah mengalami kejatuhan nilai dalam waktu yang singkat.
  2. Jangan sesekali merisikokan modal pokok pada token yang baru diluncurkan, terutamanya token-token dari keluarga POS ( proof of stake ) yang hanya gah atas kertas putih pada kadar imiginasinya, ia boleh terbang ke bulan lebih laju daripada prestasi aset-aset lain yang lebih baik dan lama berada dalam pasaran. Penipu semua tu dan itu hanya kempen awalan…
  3. Ulang langkah no 1 sehingga lah aset berjaya dikembangkan dan abaikan langkah no 2 selagi modal pokok tidak berstatus mewah.

Kenapa tidak perlu terlibat dengan token baru diluncurkan dikala masih pegang status peniaga bermodal kecil dipasar kripto?..

  1. Tidak sesuai kerana, modal pokok boleh hangus. Token terbitan baru belum tentu dapat dan mampu bertahan untuk tempoh yang lama. Kebanyakkannya, selepas 1 tahun pertama semua token-token tersebut akan menjadi tukun tiruan yang tidak berguna dan modal pokok boleh tersadai dalam keadaan susut nilai yang tidak tahu bila ianya dapat dipulihkan kembali. Biasanya akan hangus kerana token semakin lama semakin tidak aktif disebabkan persaingan semasa. Ini berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas. Jika itu terjadi, maka plan asal modal kecil juga mampu berjaya akan tinggal kenangan dan akan jadi sia-sia.
  2. Berbeza sekali, jika modal pokok dilibatkan dengan aset kripto seperti BTC, LTC, BNB, BCH, ADA atau ETH. Biarpun kadar peratusan naik dan turun tidak sehebat tahun-tahun sebelumnya. Aset-aset tersebut masih lagi aktif dan mampu memberi pulangan kepada peniaga biarpun dalam julat yang kecil. Yang penting, modal pokok dapat dikembangkan berbanding tersadai pada token-token baru yang menanti masa untuk dinyah keluar dari senarai oleh platfom pertukaran yang terlibat.

Pengatahuan membuat analisis singkat adalah perlu untuk projek seperti ini. Pandai baca carta dan pandai buat keputusan untuk ambil untung adalah sangat diperlukan… Kepada yang berminat dan berani sila bertindak segera….

Tak pandai teknikal analisis, boleh tanya di group ini.. https://t.me/keriptokarensi

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *