Stok Kasut Boot Bulan 8/2015

Nak Berniaga Apa Pikiar Lagu Ni

Assalamualaikum dan salam hormat,

Dapat call dari buyer nak beli kasut katanya. Tak apa laa admin pun layan apa yang patut.

Dia tanya harga berapa?, admin bagi tau laaa harga sepasang untuk borong boleh dapat RM50 ke RM55 macam tu. Info tambahan admin bagi tau bahawa kasut ini dari Vietnam, kualiti cantik dan harga market kalau jual boleh cecah sepasang RM 95 macam tu ( harga orang berniaga tak ada kedai ). Harga atas kedai paling kurang RM 130 ++.

Buyer kata harga tolak mahal……..dan dia tak boleh nak jual dengan harga tu. Eemmmm admin pun tak boleh nak kata apa la……mungkin dia baru nak berniaga.  Pada admin kalau nak berniaga kena kretif, kalau luruih bendoi dapat stok emas pun tak boleh jual.

Last sekali, admin suruh dia p ambil stok sendiri di Vietnam. Selesai masalah tetapi dia bagi tau bajet dia tak banyak iaitu bawah 2K.

Harap-harap dia dapat belajar sesuatu bila dia sampai di Vietnam nanti.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

LAGI KESAH MENARIK UNTUK DIBACA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *