Categories
Research & Development

Nak Buat Bisnes Online Kena Ada Sistem Yang Ringkas Macam Ini

Nak bagi mudah kerja, cepat dapat untung, tak mau kelam kabut apabila bisnes tiba-tiba meletup, nak bagi nampak kemaih, nak bagi pelabur luar tertarik untuk melabur dan bermacam-macam lagi lahhhhh………………..yang nak sana dan nak sini tu. Pokoknya kena pasang dan bagi ada satu sistem yang boleh memudahkan kerja-kerja tersebut. Tak boleh pasang yang serabut sampai nak guna pun payah ( geng pasang sistem tak ikut keperluan ), pasang saja yang simple dan mudah untuk diguna ( bijak…bijak..bijak ).

Assalamualaikum dan salam hormat,

Nak bagi mudah kerja, cepat dapat untung, tak mau kelam kabut apabila bisnes tiba-tiba meletup, nak bagi nampak kemaih, nak bagi pelabur luar tertarik untuk melabur dan bermacam-macam lagi lahhhhh………………..yang nak sana dan nak sini tu. Pokoknya kena pasang dan bagi ada satu sistem yang boleh memudahkan kerja-kerja tersebut. Tak mampu untuk pasang sistem yang serabut sampai nak guna pun payah ( geng pasang sistem tak ikut keperluan ), pasang saja yang simple dan mudah untuk digunakan ( bijak…bijak..bijak ).

Mula-mula dulu admin start buat bisnes online, 7 ke 8 tahun yang lalu. Semua cara kerja admin bantai ikut manual. Pergghhhhhh, memang serabut gila lahhhhh dan time tu bila-bila masa saja boleh buat silap semudah 1, 2 dan 3 ( time baru nak mola buat bisnes dan modai kecik ). Lagi satu hal kerana tak ada basic dalam hal pengurusan ( main bedal ikut syok saja ). Lepas pada tu, sesi bugfix mula ditekankan mengikut keperluan semasa. Sapa-sapa yang nak buat benda yang sama dan nak bagi mudah kerja, sila rujuk dekat bawah.

Sistem ringkas yang admin guna untuk kelancaran bisnes online

  1. Pasang laman web atau blog ( lengkap dengan SEO dan boleh link ke media sosial untuk tujuan viral marketing dan untuk cari prospek baru ). Gunanya untuk dijadikan platfom utama ( sangat penting ).
  2. Admin pasang sistem kedai online ( dalam sistem tersebut ada sistem tempahan, kumpul database pelanggan, ada sistem affiliate dan droshipping, sistem newsletter untuk marketing ke email, ada sistem untuk digital produk ( untuk yang suka jual produk digital ) dan mesra smartphone. Yang ini sistem kedua terpenting ( juga kena ada ).
  3. Buat masa ini alat sokongan tambahan terpenting untuk komunikasi  admin guna applikasi yang di sokong oleh peranti smartphone ( email, whatsapp, telegram, sms, call ). Yang ini sistem ke 3 terpenting.
  4. Urusan dengan supplier admin masih guna cara manual ( supplier tak banyak ).
  5. Sistem rekod keluar masuk duit admin guna applikasi ringkas dari android yang di sokong oleh smartphone dan sistem alternatif untuk backup buku 555.
  6. Yang belum pasang adalah sistem pengurusan pekerja ( buat masa ini OMO – 1 MAN OPERATION ).

Emmmmm, rasanya yang tu saja kot keperluannya untuk pasang sistem yang serba ringkas dan jika lebih dari itu, ianya sudah jadi sistem serabut ( sistem serabut adalah sistem yang tidak mesra alam dan elok dijauhkan walaupun nampak macam menarik ). Apa pun kena ikut keperluan bisnes yang sedia ada.

Berminat tetapi segan nak explore dekat internet atau tak tau nak buat sebab nampak macam payah ( benda baru ). Boleh berhubung dengan pihak admin untuk sesi penerangan berharga melalui whatsapp/telegram di talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

p/s: lambat kena tinggai……..

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *