Categories
SEO

Pakar SEO Malaysia

Jika berhasrat untuk mengurangkan kos marketing, bermain-mainlah dengan teknik SEO dan SEO bukan lah suatu permainan bisnes yang menyeronokkan tetapi hasilnya berbaloi.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Admin bukan lah pakar sangat dengan teknik SEO ni ( macam mana nak jadi pakar SEO, algorithm selalu saja bertukar-tukar teknik ).  Tahun 2016, ranking drop hampir 80% ( emmm sedih la juga kan ).

Walaubagaimana pun admin tetap suka dengan teknik SEO kerana bukan semua produk yang admin cuba ketengahkan kena reject dengan google algorithm. Baki 20% yang tak kena reject lagi tu semuanya killer produk dan masih aktif sebagai penyumbang. Baki tersebutlah penyumbang utama sumber pendapatan untuk admin melalui jalan SEO. Kira okay laa tu, dan harap jangan reject semua sudah la.

Selaku pemain SEO untuk aktiviti bisnes, pemilihan untuk menggunakan kata kunci atau keywords yang sesuai dan yang selalu buyer cari adalah satu kemestian ( kena ada dan kena buat bagi ada). Lagi satu bab kena pilih produk atau bahan yang selalu buyer cari ( part ni banyak pemain SEO tak ambil peduli ). Tak guna listing dekat page pertama dan kedua tetapi tidak ada buyer atau pengguna yang cari bahan tersebut( setakat syok sendiri saja la ).  Paling best, yang tersenarai tu pulak diketegorikan sebagai produk untuk bisnes ( baru berbalaoi dan ini yang membuatkan Google berbulu saja dengan pemain SEO yang semacam ini ).

Produk yang macam mana admin guna SEO untuk buat marketing?. Biasanya untuk produk yang harga margin untungnya tinggi, emm dalam setahun dapat 5 ke 6 sale pun sudah memadai ( kerana 1 sale yang berjaya dibuat  boleh survive untuk 3 ke 4 bulan ). Jika rajin boleh saja guna untuk projek daily income dan konsep sebegini kena guna sistem kedai online untuk mengurangkan proses pemantauan dan pengurusan. Sistem mengawal 80% operasi dan bakinya habuan untuk kita sebagai pemilik mengawal 20%  operasi( termasuklah kerja-kerja approved payment, cek order yang masuk, nak negotiate dengan customers dan update status terkini ). Bab ini kena buat secara manual dan tak berapa sesuai guna sistem ( sistem lurus bendul dan dia hanya tau mengkayakan tuanya sahaja ). Jika berhasrat untuk mengurangkan kos marketing, bermain-mainlah dengan teknik SEO dan SEO bukan lah suatu permainan bisnes yang menyeronokkan tetapi hasilnya berbaloi.

Ada pertanyaan, sila whatsapp / telegram ke 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Be the first to write a review

One reply on “Pakar SEO Malaysia”

Memang betul seo sangat bermanfaat meningkatkan popurity or branding di search engine sepanjang target keyword tepat sasaran. Oleh kernanya owner website wajib pasang seo agar target popurity tercapai. Salam belajar seo and terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *