Categories
produk kraftangan Sharing Is Good

Pasu dan tudung saji – koleksi kraftangan 2010

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi, ini hanyalah sekadar infomasi percuma dari saya. Tudung saji dan pasu merupakan  koleksi terhangat untuk tahun 2010 di niaga24jam.com berbanding koleksi-koleksi lain.Harga setiap produk kraftangan yang dihasilkan antara RM15 hingga RM85 sahaja.Anggaran pendapatan boleh mencecah ribuan ringgit kalau sanggup terima banyak tempahan.Malangnya pihak niaga24jam.com tidak dapat memenuhi kesemua permintaan yang ditempah  oleh kerana kekurangan tenaga kerja pakar dan mahir  dalam bidang ini.Di harap kekurangan ini dapat ditampung oleh pengusaha lain kalau ada yang berminat. Pasaran untuk kraftangan dari bahan kitar semula ini memang tidak pernah menghampakan.Kalau dikira ikut hari, produk ini mula diperkenalkan di niaga24jam.com sudah hampir 4 tahun yang lalu dan sehingga sekarang permintaan terhadap produk-produk sebegini tetap ada.Jadi jangan lepaskan peluang ini.Suri rumah tangga sangat-sangat digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang ini.Kosnya sangat-sangat minima dan keuntunganya sangat-sangat berpatutan.

Koleksi hebat dan yang banyak sekali dapat tempahan untuk tahun 2010

[nggallery id=28]

Yang penting kretiviti, kualiti setiap produk yang dihasilkan dan harga yang berpatutan.Kalau nak lagi mantap, promosi kena buat selalu.Bab promosi saya rasa tak ada masaalah….internet kan ada.Lagi pun kalau kita guna internet sebagai medium untuk memperkenalkan produk kita,  kos yang perlu disediakan sangat-sangat berpatutan dan amat sesuai untuk tempoh jangka masa yang panjang. Jadi jika anda rasa sangat-sangat berkelayakkan dan boleh buat, jangan tunggu lagi mulakan sekarang. Jika tak tahu macam mana nak buat, itu senang sahaja  dan kalau berminat untuk belajar bagaimana untuk membuat kraftangan dari kertas bermula dari kosong sampai pandai, anda boleh meghubungi saya untuk khusus tersebut.Terhad untuk orang disebelah utara dan hanya 2 orang sahaja untuk satu sesi.Harap maklum.

Emmm macam mana, berminat untuk mencuba ? kalau berminat bertindak sekarang.Kalau tak tahu boleh belajar.Paling lama setahun mahir aaa.Paling cepat 3 bulan.Semoga maklumat ringkas ini berguna untuk anda semua.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

*Lokasi
[cetsEmbedGmap src=http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Kampung+Pering+Kodiang,+Kedah+Malaysia&sll=6.372069,100.334873&sspn=0.017188,0.027595&ie=UTF8&hq=&hnear=Kampung+Pering,+Kodiang,+Kedah,+Malaysia&t=h&z=14 width=530 height=380 marginwidth=0 marginheight=0 frameborder=0 scrolling=no]

Be the first to write a review

2 replies on “Pasu dan tudung saji – koleksi kraftangan 2010”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *