bitcoin malaysia

Pelaburan Atas Nama Bitcoin Mula Masuk Market

Assalamualaikum dan salam hormat,

Dia mula dahhhhhhhh, hati-hati naaa…………..dengan setiap tawaran dari scammer ( tak kenai scammer ) pelaburan atas nama bitcoin. Kenapa?. Sebab ramai yang dah melingkup dengan aktiviti pelaburan atas nama bitcoin dan ramai  juga yang dah berjaya ( ikut depa ni yang dah berjaya ).

Otai-otai belum ambil port lagi

Bitcoin ni rasanya belum hotsssss lagi dekat Malaysia, kerana geng-geng atau kaki-kaki pelabur yang terlibat dengan pasaran saham, forex, pelaburan emas, skim tertentu, pasaran hadapan, konon pakar pelaburan, geng cari makan sebagai lecture, blogger dan pakar motivasi bidan terjun belum lagi tampil dan ambil port secara agresif untuk menokok tambah segala  aktiviti manipulasi ( sangat penting untuk penambahbaikkan ), cerita dan tip-tip supersaya mereka untuk meyakinkan manusia-manusia yang ada di dalam Malaysia ini supaya dapat terlibat sama dan join mana-mana projek, program dan kempen yang berunsurkan pelaburan, tambah income dan sebagainya mengikut agenda masing-masing ( simpan bitcoin esok jadi kaya ) yang tersebunyi lagi terahsia. Secara kasarnya apabila perkara itu sudah berleluasa, maka faham lah kita bahawa bitcoin sudah bertapak di sini dengan gahnya dan perkara ini akan muncul tidak lama lagi kerana sifat bitcoin itu sendiri yang mempunyai daya penarik yang sangat kuat kepada mereka-mereka yang tersangkut dan juga yang terkait. Masalah yang sering berlaku apabila keterlibatan golongan yang bukan profesional dan yang mengistiharkan diri mereka sebagai profesional secara berleluasa. Peratus untuk gagal adalah tinggi apabila golongan bukan profesional turut sama dalam aktiviti sebegini ( niat mereka baik pada asalnya tetapi power tak cukup  ). Benda yang asalnya tidak begitu high risk tetapi dek kerana telah terlebih dimanipulasi makanya risk sedia ada juga telah bertambah ( bakal-bakal fund manager perlu berhati-hati dalam urusan manipulasi yang boleh menjeratkan diri ). Pakej pelaburan yang disediakan oleh fund manager kebanyakkanya menarik dan tertarik tetapi mudah tersontot ditengah jalan apabila sesuatu diluar bidang kuasa mereka berlaku dan ianya tidak dapat diselesaikan dengan cepat. Jadinya, harap-harap fund manager lebih bertanggungjawab dalam hal ini. Adakah bitcoin ini suatu benda yang mengarut?.

Bitcoin dijangka akan mencecah $3000 ke $5000 ( sumber dari pengtaksub bitcoin ) dalam tempoh waktu terdekat ( bajet 2 tahun +++++++++++ 5 tahun ). Bukan esok hari di dalam kalendar skim cepat kaya.

Jawapanya, tidak

Jawapanya tidak, bitcoin adalah benda yang betul-betul wujud di alam maya pada ini dan sudah ramai yang beroleh manfaat darinya dan admin sendiri salah seorang darinya yang terlibat secara serius dengan aktiviti bitcoin ( sebagai pengguna yang suka memanipulasi sesuatu dan tak hos pakej pelaburan..buat pening sahaja ). Sudah merasai sendiri pengalaman menjadi pengguna bitcoin, penerima bitcoin untuk urusan jual beli online, turun naik harga bitcoin, bitcoin hilang dari akaun bitcoin, recover bitcoin, bitcoin lambat confirm sebab lower fee, guna bitcoin untuk exchange melalui offline dan online platform, join group bitcoin, buat group bitcoin tapi tak sempat nak jaga, jadi admin group bitcoin dekat whatsapp, buat kempen secara paksa (hee..heeee ) ke atas member-member yang terlibat di dalam dunia perniagaan supaya menggunakan bitcoin sebagai alat pertukaran antara benua dan banyak lagi. Yang terkini admin akan setup bitcoin centre untuk exchange bitcoin secara offline dan juga host decentralized bitcoin exchange untuk pengguna offline yang tidak berapa tahu dan tidak pernah ambil tahu tentang internet dan minat dengan bitcoin amnya.Buat masa ini admin belum ada pengalaman kena scam lagi dengan scammer bitcoin ( p jauh-juah jangan mai dekat aku, kalau mai pun aku bukanya tau hang scammer kan….heeee….heeee ).

Antara aktiviti bitcoin yang selamat

Buat masa ini, aktiviti yang dirasakan selamat oleh admin adalah beli bitcoin dan simpan ( beli waktu harga murah ), mining  bitcoin ( untuk yang ada bajet lebih ), join mining farm, terlibat dengan aktiviti exchange offline dan online, join mana-mana projek open source untuk bitcoin sebagai investor, jadi peniaga yang terima bitcoin ( paling best ), jual mesin mining dan aktiviti seangkatan denganya ( aktiviti mewah dan bergaya ), jadi lecture bitcoin macam Andreas Antonopoulos dan untuk coding programmer boleh la cipta program-program bitcoin yang menarik untuk  pengguna bitcoin. Untuk projek group investment, bagaimana pulak?. Emmmm, susah nak buat karangan tersebut dekat sini. Rasanya, untuk yang berhajat dengan aktiviti group pelaburan ini elok pergi cari sendiri dan admin tak ada idea menarik untuk kesah ini.

Antara cadangan pelaburan selamat untuk bitcoin

Pada pandangan admin, tak perlu join mana-mana group investment, elok buat sendiri kerana bitcoin ni sistem operasinya sangat mudah iaitu,

  1. Beli dan simpan ( time harga jatuh bawah 10% ke 25% beli banyak-banyak untuk simpan / time harga tinggi jual produk fizikal untuk kumpul dan tambah bitcoin ). Tunggu harga jatuh time bitcoin ada skandel tertentu……Heee..heeee biasanya time harga tinggi ni jual setengah dari pegangan yang ada untuk ambil untung dan setengah lagi simpan sebagai pemuas nafsu serakah ( tengok angka pun jadi laaa ).
  2. Bitcoin harganya ada turun dan naik. Jika guna konsep beli dan simpan, time harga turun biasanya bitcoin ni hanya lah akan susut nilainya sahaja ( tak ada margin call segala bagai ). Jadinya tak perlu bimbang bab harga turun dan naik ni.
  3. Harga bitcoin sangat aktif dan voletiliti nya  sangat tinggi. Pelabur bitcoin boleh dapat untung dengan sangat mudah. Tak perlu tunggu 1 tahun, 6 bulan atau 1 bulan untuk makan untung. Boleh rujuk pergerakkan harga bitcoin semasa dan sila guna time frame untuk mingguan ( untuk yang suka makan untung seminggu sekali ).
  4. Dan banyak lagi, yang lain sila cari sendiri laaaa.

Banyak hal lagi kalau nak buat karangan berkenaan bitcoin ini. Emmm rasanya yang lain tu lain tahun pulak admin sambung. Nak belajar bab bitcoin, boleh saja whatsapp/telegram admin di talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: bitcoin…..bitcoin…..bitcoin……bitcoin…heee..heee.

 

LAGI KESAH MENARIK UNTUK DIBACA

  • Bitcoin Store Dan Account TwitterBitcoin Store Dan Account Twitter Bitcoin store support 100% sistem pembayaran menggunakan bitcoin dan ini merupakan salah satu cara mudah untuk masuk ke pasaran […]
  • Local Bitcoin Decentralized ExchangeLocal Bitcoin Decentralized Exchange Dekat local market pun dah ada decentralized bitcoin exchange....nak try buat urusan jual dan beli bitcoin boleh saja try benda […]
  • Bitcoin VS Emas FizikalBitcoin VS Emas Fizikal Emmmmmm...........admin menggunapakai kedua-dua platfom tersebut buat masa ini dan setiap satu darinya mempunyai peranan masing-masing dan […]
  • Cara Kumpul Bitcoin Di MalaysiaCara Kumpul Bitcoin Di Malaysia Lagi kesah bitcoin, kali ini cara nak dapat dan kumpul bitcoin pulak dan tip untuk join mana-mana pakej pelaburan tidak disenaraikan […]
Opt In Image
PowerUp Your Brain With Synergistic Blend Of Nootropics

To skyrockets your brain, enhance your focus, mental speed and memory. NooCube one of the supplement you should try. It's a daily supplement designed to enhance brain function by supporting focus, mental speed and memory.

If no email address, just type support@niaga24jam.com and click continue shopping!. Tq.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *