Pelaburan Emas Di Malaysia

Assalamualaikum,

Masuk bab pelaburan emas pulak. Ada lagi yang belum terlibat dalam bidang pelaburan emas?. Jika belum cepat-cepat bertindak.

Pelaburan emas ini sememangnya sangat mudah. Tak payah isi borang segala bagai yang menyusahkan. Yang perlu ada hanyalah duit dan minat untuk melabur dalam bidang ini. Bulan Sept sahaja jumlah carian dengan kata kunci pelaburan emas berjumlah 12100 carian. Mengatasi lain-lain carian pelaburan yang ada ( sumber ruj Google ). Celik pelaburan emas nampaknya makin bertambah di kalangan rakyat Malaysia ( Orang Melayu amnya ).

Cara paling selamat untuk terjun dalam bidang pelaburan emas.

  1. Beli emas gred 999 / 916 yang kosong ( ikut bajet dan tak ada makeup ). Supaya senang nak jual, pajak dan sebagainya.
  2. Simpan buat sementara waktu kemudian belajar ilmu manipulasi emas dari pakar-pakar manipulasi pelaburan emas yang berlambak dalam Negara Malaysia( admin selalu follow Tok Belagak ). Kawan Tok Belagak dari Negeri Sembilan pun okay juga tapi nama sudah tidak ingat.
  3. Bila sudah tau cara manipulasi seharusnya kena pairing dengan bisnes yang boleh mendatangkan keuntungan dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Admin pairing dengan perniagaan internet. Jika teknik Tok Belagak dia pairing dengan properties. Ikut kepakaran masing-masing.
  4. Buat masa ini perkhidmatan Ar Rahnu adalah tempat yang paling sesuai untuk pajak emas-emas yang kita ada ( admin letak dekat YAPIEM sahaja ). Dekat sini tak banyak karenah.

Pelaburan emas ada macam-macam teknik dan cara. Terjebak dengan skim pelaburan emas yang ada senarai atau bakal disenaraikan oleh Bank Negara adalah sangat-sangat tidak disarankan ( tidak ramai yang berjaya melepaskan diri ). Sebelum pelaburan anda dibekukan sila berhati-hati atau ikut sahaja panduan pertama tadi. Undang-undang yang ada mungkin tidak sama, jadi jangan berkeras dalam hal ini. Tolak p tolak mai anda tetap akan menjadi mangsa ( jangan buang masa ).

Kenapa dengan pelaburan emas? admin tidak yakin dengan nilai wang kertas sebab tu admin tukar semua nilai wang kertas tersebut ke dalam bentuk pelaburan emas supaya nilainya terjamin.

Sekian terima kasih dan selamat melabur.

Cincin Belah Rotan 916

LAGI KESAH MENARIK UNTUK DIBACA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *