Pelaburan Emas Yang Sangat Menguntungkan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, lagi satu peluang untuk kaki-kaki pelaburan.Bagi pelabur-pelabur yang sedang mencari intrumen pelaburan yang lebih stabil, emas adalah salah satu dari pilihan yang terbaik dan patut diberi perhatian.Mengapa perlu melabur dalam emas ? jawapan pendek berkenaan perkara ini ada saya terangkan dibawah:

Saya merupakan salah seorang pelabur. Macam biasa setiap pelabur seboleh-bolehnya akan cuba mencari intrumen pelaburan yang lebih selamat dan yang boleh memberi pulangan yang tinggi sama ada untuk tempoh jangka masa panjang atau pun pendek. Jika sebelum ini apa yang sering saya sarankan adalah melabur dalam unit amanah, pasaran saham ekuiti, pasaran hadapan, melabur dalam bidang harta tanah, terlibat dalam urusniaga tukaran matawang asing  dan yang terbaru akan saya sarankan adalah melabur dalam emas. Kenapa dengan emas ? telah sedia maklum akan sifat emas sejak sekian lama dahulu iaitu kekal stabil. Maklumat lanjut tentang pelaburan dalam emas boleh rujuk disini: http://en.wikipedia.org/wiki/Gold_as_an_investment

 

[media id=19 width=525 height=360]

 

Bagi pelabur dalam negara Malaysia yang tercinta ini, anda semua boleh pilih sama ada untuk membeli emas secara fizikal atau pun dalam bentuk buku simpanan.Bagi yang ingin membeli dan melabur emas dalam bentuk fizikal anda boleh singgah dimana-mana pusat jualan emas yang banyak dalam negara ini.Rasanya tak perlu saya terangkan disini.Apa yang perlu anda ambil perhatian apabila melabur dalam emas bentuk fizikal ini adalah faktor keselamatan anda dan juga keselamatan pelaburan anda.Jika jumlah pelaburan emas anda dalam bentuk fizikal kecil saiznya, bagi saya itu tidak akan mengundang banyak masalah berkaitan faktor keselamatan ini tetapi masih tetap ada dan masih berisiko. Apa yang saya ingin katakan dan sarankan disini adalah, jika anda berminat untuk melabur dalam bidang pelaburan yang melibatkan emas apa kata anda melabur sahaja dalam bentuk buku simpanan yang disediakan oleh bank-bank tempatan.Perlu di ingat bukan semua bank dalam negara Malaysia yang tercinta ini ada menyediakan perkhidmatan ini. Setahu saya, dari tarikh artikal ini di ketengahkan hanya ada dua buah bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu Maybank dan juga Public Bank. Salah satu lagi adalah Public gold. Sebuah syarikat Sdn Bhd yang terlibat secara aktif dalam urusan jual beli emas dalam negara dan mendapat lesen yang sah untuk menjalankan urusniaga emas.( tak banyak maklumat tentang syarikat ini, kerana masih baru kenal ) dan banyak lagi tempat-tempat lain.

Ini adalah pendapat saya tentang pelaburan dalam emas dan kepentinganya dalam menjadi backup kepada perniagaan saya untuk tempoh jangka panjang dan juga jangka pendek. Anda semua boleh lihat senarai ciri-ciri penting kenapa emas mejadi aset penting kepada perniagaan saya:

  1. Kerana memiliki sifat kestabilan yang begitu tinggi.
  2. Dimana-mana pun boleh diterima
  3. Tahap kecairan yang tinggi ( inilah yang sangat-sangat dicari oleh setiap pelabur )
  4. Kalis inflasi
  5. Harga emas sentiasa meningkat setiap tahun.( boleh ambil untung dari kenaikkan harga untuk tempoh jangka masa pendek jika mahu, tampa menjejaskan nilai sebenar pelaburan emas tersebut )
  6. Bertindak sebagai Back up penting kepada perniagaan saya.Boleh dikatakan perniagaan saya ini disandarkan kepada harga emas ( perniagaan internet  secara kecil-kecilan dirumah ).
  7. Boleh dijadikan bahan cagaran jika perniagaan mengalami  masaalah keewangan untuk jangka masa tertentu.
  8. Dan banyak lagi sebenarnya…

Fakta penting yang perlu  anda semua ambil perhatian, bukan dari saya tetapi dari salah seorang penulis ebook ” menyingkap rahsia pelaburan emas” .Maklumat lanjut anda semua boleh berkunjung kelaman web beliau.Banyak perkara tentang pelaburan dalam emas ada diterangkan disana.Sila lihat fakta keuntungan jika anda memilih untuk melabur dalam emas:

Sebagai contoh,

– harga untuk 1 ounce (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada:

  1. 18/7/2001 ialah RM1082.00
  2. 7/6/2008 ialah RM3048.00 !!!

Ini adalah kenaikan sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun.
atau purata pulangan 25.95% setahun!! ( mana nak dapat? )

Jadi contoh ini cukup untuk mengambarkan kepada anda semua yang baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan yang berkaitan dengan emas ini untuk membuat penilaian berkaitan pelaburan dalam emas. Dahsyat kan ? Jika anda berjaya menguruskan kesemua intrumen pelaburan yang saya ketengahkan ini iaitu pasaran saham ekuiti, pasaran hadapan, tukaran matawang asing, unit amanah dan pelaburan dalam emas ini.Saya pasti  hidup anda tidak akan dibelenggu dengan masalah keewangan lagi.Setakat itu sahaja yang dapat saya sampaikan untuk kali ini.

Jika ada sebarang pertanyaan atau sebarang komen bernas tentang perkara ini, sila tinggalkannya diruangan komen yang ada dibawah.Sekian terima kasih dan selamat melabur.


LAGI KESAH MENARIK UNTUK DIBACA

22 thoughts on “Pelaburan Emas Yang Sangat Menguntungkan”

  1. bagaimana caranya untuk saya memulakan pelaburan ini?
    adakah saya perlu membuka permis atau sebagainya?
    saya merupakan kakiyangan kerajaan.

  2. Kalau dalam bentuk buku senang ja, untuk permulaan 5gram sudah memadai.Jangan simpan banyak-banyak sebab ada rahsia disebalik 5gram.Nak buka buku boleh daftar guna online sama ada melalui maybank, public bank atau pun KFH.Buat masa ini maybank dan KFH sangat sangat disyorkan.

  3. 5 gram tu sekadar untuk menghidupkan buku saving gold tersebut.Memandangkan harga emas ada turun dan naik,jadi ……ada lagi rahsianya..
    Berdasarkan pengalaman saya, saya hanya tinggalkan 1 gram ja dalam buku saving gold saya tu.Kalau harga dah murah baru saya buat belian.Biasnya dalam 2 ke 3 bulan saya jual balik aaaa dan withdraw sekali dengan untungnya sekali.Begitulah seterusnya.Kenapa saya tak nak simpan banyak-banyak dalam buku saving gold saya ? ada rahsia tersembunyi…kalau anda tahu mungkin anda akan buat seperti mana saya buat sekarang ini..

  4. apakah rahsia tersembunyi itu & boleh ajar kami dengan lebih terperinci lagi unttuk turut serta dalam pelaburan emas ini……………..tq

  5. Rahsia tersembunyi yang berkaitan dengan emas ni banyak…salah satu darinya beli pada harga rendah.Biasanya dalam tempoh 3 bulan ++ harga emas akan turun akibat dari aktiviti pengambilan untung.Perkara ini sat saja berlaku mungkin dalam 2 minggu ++.Jadi kalau dapat peluang macam ini jangan dilepaskan.Kalau dah beli tunggu saja looo sampai dapat untung.Kalau dah dapat untung jangan masuk balik.Tunggu lagi loooo sampai harga turun..biasanya kalau digabungkan dengan emas fizikal akan jadi lebih menarik.Cerita dekat atas tadi untuk pemegang buku akaun simpanan gold. ada lagi kalau nak tahu kena rajin-rajin bertanya..

  6. kenapa abg zam tak simpan banyak2 dalam buku saving gold abg?
    klu nak buat pelaburan plak..dekat mana tempat yg sesuai?dan apa cara yg lain selain simpan dengan bank abg?

  7. Kenapa ye ? sebabnya tak leh cerita dekat sini nanti bank kecik hati pulak.Tempat pelaburan ni ada banyak.Buat masa ni ASB kira paling sesuai tapi hukumnya harussssssssss sahaja.Lain -lain tempat adalah properti ( modal besar ).

  8. owh..mcm tue ka??tapi tak salah klu kita bgtau untk belajar kn abg?
    coz sy pelik juga, kenapa abg tak simpan sampai bergram2$ terus dalam bank?
    ermm..maksud sy, bukan pelaburan ASB abg, sy maksudkn pelaburan emas nie..ada cara apa lagi selain dengan simpan di bank abg?
    maaf abg just untuk belajar..

  9. Bab mengapa tak perlu simpan banyak-bnayak dalam buku saving saya jawab dalam email.Sila baca dekat sana ye..Selain dari tu boleh jadi agen jual emas atau peniaga emas.Tapi kena ada modal yang besar.Emas ni pulak kalau nak bagi syok sikit elok disimpan dalam bentuk fizikal kerana kalau terdesak nak pakai duit boleh pergi pajak dekat pusat gadaian ar rahnu. Upah simpanya murah..

  10. Salam tuan, sudah tentu boleh tetapi kuantiti tersebut terlalu kecil untuk kaedah melabur dan mencari keuntungan dalam jangka masa pendek kecuali tuan tahu untuk manipulasi emas tersebut…

  11. saya berminat nak tahu lebih lanjut pasal pelaburan emas ni..
    semua..pasal jual beli emas, emas public gold, kijang emas, emas swiss la. then ape patut sy buat, nk kene jd dealer ke baru untung besar? atau just beli kat kedai2 emas biasa ke atau kene beli dgn dealer?
    mcm mana sy nk tahu serba serbi pasal emas ni?
    ada apa2 kursus yg abg boleh suggest? di mana n bayaran berapa?

  12. saya berminat utk mengetahui semua ttg pelaburan emas,
    bagaimana sy nk apply utk kursus2 pelaburan emas ni?
    yg mana bagus yg abg boleh syorkan?

  13. Assalamualaikum Cik / Puan,

    Emm berminat dengan pelaburan emas ke? tahniah saya ucapkan kerana berani untuk terjun dalam bidang pelaburan yang menguntungkan ini..Untuk makluman pihak cik / puan disana, untuk belajar selok belok pelaburan emas ni tidak susah sebenarnya. Apa yang perlu cik / puan buat hanyalah cari dekat google. Banyak maklumat berkaitan dengan bengkel pelaburan emas, ebook pasal pelaburan emas dan juga teknik pelaburan emas yang terkini pun ada diceritakan dalam tu..

    Dekat bawah ni adalah salah satu darinya untuk ruj pihak cik / puan :

    http://pelaburanemas.com/
    http://teknikpelaburanemas.com/

    dan banyak lagi, kalau tak mau keluar duit banyak-banyak, cik / puan hanya perlu luangkan masa untuk membaca segala tip berkaitan dengan pelaburan emas yang ada dalam internet…insyaallah dalam tempoh 2 ke 3 bulan pasti akan faham selok belok pelaburan emas ini..

    Yang penting jangan terjebak dengan skim pelaburan emas yang merapu..

    Sekian terima kasih dan selamat majujaya..

  14. Untuk buah mula ni elok beli ebook berkaitan dengan pelaburan emas dan kalau tak berminat ebook boleh beli buku-buku berkaitan pelaburan emas ini dekat kedai-kedai buku terpilih..lps dapat malumat tu semua baru tambah ilmu dengan hadiri bengkel atau khusus..

  15. Pelaburan emas sekarang memang menjadi pilihan lebih-lebih lagi ketika sedang mengalami inflasi.Pelaburan emas juga memang boleh memberi keuntungan yang maksimum akan tetapi ramai juga pelabur yang mengalami kerugian.Hanya orang yang ada ILMU yang BETUL sahaja boleh berjaya.Oleh itu sebelum memulakan apa-apa pelaburan pun harus mempunyai ilmu.Boleh dapatkan panduan dari sumber-sumber yang ada.Salah satu di sini http://www.pelaburanemasterkini.com juga ada berkongsi maklumat yang berguna.Langgan lah newsletter dengan memasukkan email.Info terkini akan dikongsi terus ke kotak emel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *