Posted on

Pembeli Yang Datang Dari SEO

Assalamualaikum dan salam hormat,

Pembeli yang datang dari hasil SEO merupakan pembeli sebenar yang tinggi peratusanya untuk membeli dan mereka ini datang dari beberapa penyedia search engine terpilih.

Pada kebiasaanya, pembeli-pembeli sebegini mencari sendiri maklumat setiap produk yang diperlukan mengikut keyword tertentu di search engine. Mana-mana keyword berkaitan yang mesra SEO biasanya akan diberi keutamaan untuk berada di dalam senarai hasil carian penyedia enjin pencari. Mana-mana keyword yang bernasib baik dan tersenarai di muka surat pertama atau kedua di dalam senarai search engine akan mempunyai peratusan yang tinggi untuk dipilih oleh pencari maklumat untuk ke peringkat kritikal seterusnya. Iaitu, bahagian penyedian maklumat dan part ini paling penting.

Jadi atau tidak untuk membeli ianya bergantung kepada maklumat yang telah tersedia di dalam landing page kepada produk tersebut. Maklumat yang terlalu cincai dan tidak lengkap, biasanya akan berakhir dengan hasil yang sia-sia. Jadi manfaatkan peluang yang ada ini dan buat lah landing page sehabis baik yang boleh.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Follow my latest project:

1.....2.....3.....next.....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *