Categories
Research & Development

Pendapatan RM120 ribu setahun bahan kajian warga B40

Kena berani untuk ubah plan dan buat dari sekarang…

Bismillah,

Ini projek yang ke berapa ntah…

Bermakna sebulan boleh enjoy RM10 ribu untuk projek semacam ini. Mewah sangat tu…dan jika nak senang untuk tempoh lebih lama lagi, enjoy setakat RM2 ribu sebulan. RM2 ribu sebulan bagi admin ianya sudah cukup mewah kerana admin tinggal di kampung…komitmen hutang jangka pendek tak ada….setahun baru RM24 ribu. Kos sara hidup di kampung biasanya sekitar RM1000+ macam tu sahaja….sangat mewah bagi warga di Kampung…Itu startergi yang dirancang……dan admin bukan dari kalangan manusia yang dilahirkan dalam kelompok kayangan yang ditinggalkan harta berkepuk-kepuk, maka untuk selesa dalam kehidupan….perlu ada plan dan startergi untuk merasa kesenangan itu semua….nahhhhh! begitu ceritanya…

Bagaimana caranya supaya boleh dapat RM120 ribu setahun?…

RM120 ribu ni sikit sebenarnya bagi golongan kayangan…Pandangan golongan B40, ianya sangat mewah…memang tersangat mewah dan golongan B40 kena kaji cara ini..Insyaallah, tidak selamanya akan duduk dalam kumpulan B40. Syaratnya kena bermula dari sekarang….tak perlu berhenti kerja dan kerja hakiki yang sedia ada perlu berjalan macam biasa dan akan terhenti apabila plan yang dirancang sudah menjadi sahaja..

Memandangkan, zaman sekarang ekonomi tidak begitu cantik….antara plan yang admin pasang sekarang adalah…sediakan 3 pintu masuk untuk mendapatkan sumber pendapatan dan admin tak suka kerja makan gaji sebabnya masa muda-muda dulu ni admin dah kerja makan gaji. Kerja makan gaji bagi pandangan admin hanya untuk mendapatkan pengalaman dan tambah ilmu pengetahuan sahaja…tak syok langsung kerja makan gaji sebenarnya….syarikat bayar gaji ciput dekat admin, lepas tu jawatan yang dibaginya….emmmmmm….dan tak bebas pulak tu…bagi yang masih bekerja, tambah sahaja kerja makan gaji masuk dalam senarai di bawah….pendapatan admin dulu dari hasil kerja makan gaji sebulan tak sampai pun RM1300….penat..penat..penat. Buang sampah..angkat sampah…sapu lantai, mop lantai dan hanya itu sahaja jawatan yang sesuai dengan admin….heeeee…heeeeee..

Projek terkini yang dipasang untuk hasil dimasa akan datang…

  1. Bisnes internet. Jual produk dropship dekat Shopee, makan komisen dekat akaun Tiktok dengan cara promote barang orang lain dari Tiktok Shop dan banyak lagi produk lain termasuk produk terpilih yang ada dekat blog ini juga. Upah untuk tugas ini pun tak banyak tetapi cara buatnya mudah. Cumanya setting pada peringkat mula sahaja agak rumit…sekali setting mampu bertahan untuk tempoh lama…untungkan?..
  2. Pelaburan ( melabur di pasaran blockchain teknologi atau  cryptocurrency ). Tempat lain pun okay, tetapi dekat pasaran blockchain teknologi…modalnya sikit tapi hasilnya mantap dan risikonya pulak rendah. Kunci dan harapan tertinggi sebenarnya ada dekat sektor ini kerana pendapatan dari aktiviti pelaburan dekat pasaran blockchain teknologi akan masuk dalam nilai USD atau BTC. Menarik kan?….cryptocurrency pula, dia punya prestasi kadang-kadang diluar batas pemikiran biasa…1500% setahun adalah perkara biasa dan ikut rekod trading admin yang lepas-lepas setakat 100% ke 500% setahun admin pernah dapat sudah….cuma untuk jangka panjang….belum lagi. Harap menjadi laaaa untuk projek kali ini. Untuk projek pelaburan BLOCKCHAIN TEKNOLOGI, mungkin ini kali yang terakhir jika berkesempatan laaaaaa. Admin sudah pasang 11 juta unit ++ untuk pelaburan jangkamasa panjang. Naik saja harga $1, maka admin akan dapat 11 juta USD…..Gilaaa kan..haaaa…haaaa.  
  3. Buat kerja pemasaran untuk memperkenalkan produk baru bagi syarikat baru nak up.Yang ini setahun 1 atau 2 projek sahaja. Yang ini payah untuk dibuat kerana perlu pengalaman yang luas dan kepakaran tertentu..kadang-kadang tidak menjadi…jika tidak menjadi upahnya nanti dapat sikit…heee..heee..jika Syarikat cabut lari…masuk angin keluar asap…banyak kali dah kena dengan lokal punya Syarikat masuk angin keluar asap ni…sembang gunung boleh runtuh…masa nak buat pembayaran…macam-macam alasan diberinya…Ini lebih berisiko untuk kena scam berbanding pelaburan di sektor blockchain teknologi atau cryptocurrency….

Itulah 3 pintu masuk sumber pendapatan yang admin sedang buat….semua tu bukan dari kumpulan berpendapatan harian..

Habis tu pendapatan harian sekarang ini mai dari mana?…

Pendapatan untuk kegunaan harian sekarang pulak mai dari cara di atas tadi juga laaaa tetapi dari projek terdahulu. Dibuat lebih awal dari projek yang diceritakan dekat atas tadi dan projek dekat atas ni mungkin hasilnya untuk 1 ke 3 tahun akan datang….

Formula ringkasnya lebih kurang macam ni……

Bila sudah ada bajet….tidak terikat dengan arahan orang lain dan tanggung jawab terhadap arahan serta amanah majikan. Baru kita boleh arahkan otak kita berfikir dengan lebih laju untuk cipta projek-projek baru yang lebih segar serta ikut selera sendiri terutamanya pasang stratergi kewangan untuk masa depan…..apa yang sedang admin buat sekarang hanyalah startergi kewangan masa depan dan hasil stratergi projek ini….nanti admin akan sambung jika ada kerajinan atau bila projek ini sudah berjaya…panjang lagi sebenarnya….hidup ini keras…alang-alang lembik..simpan saja harapan untuk hidup senang tuuuuuu..terima saja apa yang telah terhidang tetapi jika ada niat untuk merasa sesuatu yang lebih besar…..perlu laa berani berusaha dengan lebih keras lagi…

Kena faham cara ini…

Ini projek yang sedang berjalan..berkonsepkan sumber terbuka dan R&D…Cara penyampaiannya agak serabut, tidak tersusun dan harap pembaca dapat tangkap masej yang hendak disampaikan..mana-mana bahagian yang kurang jelas, sila masej admin untuk bertanya…

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *