Posted on

Pengalaman Guna Luno Dan Poloniex

Assalamualaikum dan salam hormat,

Pengalaman real dari mula deposit sampai ke witdraw semula masuk akaun bank tempatan. Karangan ini untuk kegunaan newbie sahaja dan konsep ceritanya adalah sekerat-sekerat yang membosankan dan semuanya berdasarkan pengalaman sendiri.

Yang ini lepas deposit RM ke Luno

Tip untuk kegunaan trader atau penggemar bitcoin terutamanya dari Malaysia, cara paling mudah untuk memiliki bitcoin, untuk invest dan juga untuk aktiviti trading bitcoin atau crytocurrency agar proses tadi jadi lebih mudah dan dapat berjalan dengan lancar. Buah mola……………daftar, verify dan admin deposit fund dalam nilai RM terlebih dahulu ke wallet yang dah ada dalam platfom Luno sebelum dapat hak untuk membeli bitcoin tambahan yang berikutnya. Sebelum ini, biasanya admin akan dapatkan stok bitcoin melalui trusted trader yang admin jumpa di dalam FB sahaja. Cara tu okay tetapi stok limited dan sangat terdedah dengan aktiviti scammer ( tidak disarankan untuk newbie guna cara tersebut melainkan kenal sangat-sangat dengan penjual tersebut ).  Proses menunggu untuk deposit disahkan sepenuhnya akan mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 jam macam tu juga ( anggaran awal 2 hari ). Apabila telah disahkan sepenuhnya, fund direhatkan sekejap di dalam wallet kemudian admin parking terus untuk aktiviti buy bitcoin ikut harga yang dirasakan sesuai siap-siap di ruangan exchange. Waktu beli hari tu, harganya sekitar RM16 ribu ++ / 1 btc. Proses membuang masa yang berikutnya adalah menunggu sehingga harga diskaun masuk perangkap…………..dekat 2 hari lebih kurang macam tu laaaaaaa proses menunggunya, akhirnya dapatlah bitcoin pada harga diskaun yang admin nak sangat-sangat tuuuuu ( ini bukan instant proses ). Proses tadi masuk ikut aktiviti penawaran dan permintaan iaitu kena guna ruangan pilihan buy and sell yang telah disediakan. Fee yang dikenakan 1.0% ( agak tinggi ) sebab admin jadi market marker yang trade dengan modal yang ciput. Jika instant, admin tak pasti berapa RM pulak mereka caj ( blm pernah try cara ini ). Apa hal nak beli ikut cara instant pulak…..jika tidak urgent…..kan?..

luno

Yang ini bila dah masuk ke Poloniex

Memandangkan Luno ni tidak begitu ngam dan tidak galak seperti mana yang admin nak, jadinya BTC yang dah dibeli tadi admin withdraw dan transfer ke platfom lain iaitu Poloniex ( lain-lain exchange pun boleh janji tahap super aktif dan karenah AML dan KYC biasa-biasa ). Untuk transfer pula, fee mining yang dikenakan adalah dynamic sekitar 0.23 sen macam tu admin kena ( cari balik tak jumpa pulak fee nya, sekitar harga anggaran macam tu sahaja ). Proses menunggu sebelum confirm sepenuhnya lebih kurang 20 minit ke 30 minit macam tu. Fee untuk trading dekat Poloniex jika ambil port sebagai market maker 0.015% sahaja, terima BTC  pun admin kena fee tapi tak ingat dah berapa BTC dan untuk withdaraw ke lain-lain tempat kena fee BTC 0.0001. Proses menunggunya 3 confirmation dan ambil masa hampir 20 minit macam tu. Biasanya admin akan transfer balik BTC yang dah untung ke wallet yang ada di dalam platfom Luno ( terima pulak Luno caj BTC 0.0002 ). Untuk apa transfer balik ke Luno?, supaya senang nak exchange dan withdraw ke akaun bank tempatan nanti dan fee ke local bank RM 0.10 sahaja. Proses withdraw nya ikut waktu kerja yang Luno telah tetapkan……………ambil masa 1 hari sahaja ( ikut pengalaman admin ). Dalam notis, ditulisnya 3 hari macam tu tetapi realitinya yang berlaku 1 hari sahaja. Kira okay laaa tu….eeeemmmmmm…….lebih kurang macam tu laaa prosesnya.

Yang ini admin dah nak cabut lari………..

Admin dah naik cemuih mengarang kisah ini, jika detail lagi karanganya…emmmm..mau berrrrrrrjeeeeelaaa jadinya dan adakah perbuatan itu disukai oleh pihak admin?…..Oooooooo sudah tentu tidak kerana admin bukan lahhh dari kalangan blogger  yang suka taip karangan panjang-panjang. Emmm, jika berminat boleh saja guna cara yang telah diterangkan tadi dan tak payah lagi guna debit card segala bagai untuk withdraw ke fiat…………sebahagian dari prosesnya pihak admin dah terangkan dekat atas tadi dan yang bakinya?……yang bakinya?……………..tunggu saja lahhhhhh, mana tau admin muat naik bila rasa ada kerajinan…heeee..heeeee.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: depa kata harga bitcoin akan mencecah USD 10 ribu dan harga terkini USD 4700……

 

 

More from my site

Belajar Trading & Invest Bitcoin

Cryptocurrency exchange adalah port baru lagi menarik untuk tambah pendapatan melalui online. Ini adalah pakej untuk BELAJAR TRADING, INVEST dan SEDUT BITCOIN dari ZERO dan BUAT SENDIRI SAMPAI JADI PANDAI. Pekej berkonsepkan BELAJAR SAMPAI PANDAI SECARA LIVE MELALUI ONLINE. Market aktif 24 jam dengan kadar penyertaan aktif 25k ke 14k pengguna setiap hari, boleh trade dan kaut untung sampai muntah hijau.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Berminat untuk terlibat sama?, sila whatsapp/telegram pihak admin di talian 011 3222 9401 atau sila masukkan alamat email yang aktif dan klik butang di bawah untuk urusan pendaftaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *