Posted on

Pengalaman Trading Bitcoin Dan Altcoin

Assalamualaikum dan salam hormat,

Karangan ini dimuat naik untuk kegunaan newbie. Jika ada yang bercadang hendak berjinak-jinak dengan dunia trading bitcoin dan altcoin boleh laaaa baca karangan pendek ini. Karangan ini tidak terlibat dengan aktiviti mining. Pesan siap-siap naaaaa….( mining lain kali cerita ). Emmm, karangan dalam konsep klu dan bukanya kisah lengkap tetapi akan bersambung-sambung bila perlu sahaja.

Banyak benda nak kena tahu ni….

Bajet permulaan  untuk aktiviti trading RM100 sahaja. Buah mula, bitcoin yang pertama kali dikumpul melalui beli secara direct dari local bitcoin miner ( jumpa dalam FB ). Waktu mula keterlibatan, semua operasi adalah secara R&D dan try and error sahaja. Untuk kes admin, buah mula untuk kenal bitcoin dan terlibat dengan aktiviti trading memangggggggg agak sukar sebagai seorang newbie dan banyak benda kena ambil tahu dan banyak benda yang admin tidak tahu kerana cryptocurrency ni benda baru naik ( benda baru up dan info tidak banyak ). Wallet pertama yang digunapakai untuk tujuan simpan bitcoin dari dulu sampai sekarang adalah electrum ( offline wallet ). Nak survey tentang wallet ni pun admin kena ambil masa berminggu-minggu jugaaaaaa baru jumpa ( implikasi jika kededut nak invest duit untuk dapatkan ilmu ). Untuk trade pulak admin akan guna c-cex, poloniex dan luno. 3 tempat ini tak banyak karenah verifikasi, jadinya dekat 3 tempat inilah admin akan menghabiskan masa ketika trading ( verifikasi ni agak leceh sikit sebab terpaksa mendedahkan maklumat peribadi ) Admin tidak berapa berkenan hal-hal berkaitan verifikasi ni semua ( untuk akta AML dan KYC ).

Keuntungan pertama yang diperolehi

Bulan pertama aktiviti trading admin kaut untung dalam $20 ( setiap trading semuanya untung )…heeee…heeeee. Penat juga dibuat nya dan satu hari admin akan buka 4 ke 5 open position untuk trade. Bila dah dapat untung………….admin akan jual dan tak adanya nak tunggu sampai berbakul-bakul…….untung sikit pun admin akan juaaaaal…target 8 ribu ke 10 ribu satoshi macam tu….heeee….heeeeee. Antara masalah yang akan selalu buat kacau ketika trading sedang dijalankan adalah perasaan was-was. Hal ini akan menyebabkan satu open position pun tidak akan mampu dibuat bila sudah terkena kacau dengan penyakit was-was ini dan bila tiada open position baru yang mampu dibuat makanya proses untuk melipatgandakan keuntungan pun akan terbantut lahhhh jadinyaaaaaaaaaaaaa. Emmmmm, nak tau macam mana rasanya kena kacau dengan benda ni?………..Jika nak tau, kenaaaaa lahhhhhhhh masuk market dan jadi trader bitcoin dan altcoin dan mula trade dari sekarang. Benda ni memang dia akan mai kacau punya…..tak payah panggil, nanti dia akan mai dengan sendirinya……heee…heeeee….

Antara kejadian-kejadian yang berjaya dikesan

Setiap open position biasanya akan melalui fasa turun dan naik harganya….berdasarkan pengalaman admin ketika trading cryptocurrency, tempoh hold ( untuk cryptocurrency tidak berapa nak glamour ) paling lama 3 minggu harga market akan recover dan untuk bitcoin pulak, paling lama admin biasa hold 2 minggu ( lama sebab volume saiz kecil nak bagi ngam dengan profit ) untuk saiz mega volume admin hold 1 ke 2 hari paling lama sebelum take profit untuk dimanfaatkan sepuas-puasanya dan banyak lagi sebenarnya jika nak taip masuk.

 

Nak kena belah dulu………

Karangan terbantut nampaknya sebab dah kena kacau, jadinya admin sambung karangan ini dilain kali pulak. Untuk generasi terkini, jika berhasrat nak jadi jutawan melalui jalan pelaburan yang lebih cepat dari emas, stock market, unit amanah, forex dan hartatanah. Melabur lahhhhhhh dalam dunia cryptocurrency terutamanya bitcoin. Itu merupakan salah satu daripada cryptocurrency yang paling glamour dan yang paling tepat sekali untuk dibuat pilihan. Contoh….contoh..contoh…..4 bulan lepas sebelum karangan ini dimuat naik harga 1 BTC( bitcoin ) / RM 5000++ sahaja tetapi lepas karangan ini dimuat naik harganya sudah mencecah RM18 ribu ++……heeee..heeee.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

 

More from my site

  • Sistem Bitcoin Berkonsepkan Pinjam Dan InvestSistem Bitcoin Berkonsepkan Pinjam Dan Invest Bitcoin pada mulanya dipandang nagetif, nahhhhhh sekarang apa sudah jadi?....dan admin tidak mengayat manusia bebal tetapi kongsi maklumat berkonsepkan opensource sahaja. Manusia bebal ni […]
  • Decentralized Sistem Untuk Generasi InternetDecentralized Sistem Untuk Generasi Internet Untuk rakyat Malaysia, 2 sistem tadi memang sangat-sangat penting dan sememangnya rakyat Malaysia perlu kepada 2 sistem tadi untuk masuk ke dunia bisnes yang lebih luas diluar sana ( […]
  • Minggu Ini Layan Kisah Bitcoin ExchangeMinggu Ini Layan Kisah Bitcoin Exchange Banyak sangat ni info tentang bitcoin dan itu tandanya bitcoin sudah meluas pengaruhnya...
  • Bitcoin VS Emas FizikalBitcoin VS Emas Fizikal Emmmmmm...........admin menggunapakai kedua-dua platfom tersebut buat masa ini dan setiap satu darinya mempunyai peranan masing-masing dan kedua-dua platfom tersebut juga ada kekuranganya […]
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *