Assalamualaikum dan salam hormat,
31/8/2017 market cryptocurrency terutamanya Bitcoin start drop secara agresif selepas melepasi harga tertingginya iaitu level USD5000 ( mau ingat time-time macam ini, biasanya market akan membuat pembetulan harga ). Next target USD10,000….
Beli pada harga diskaun………….
Pada level USD4000, cash yang admin standby sudah pun cerah sepenuhnya ( modal sejemput macam ni laa ) kerana telah digunakan terlalu awal untuk beli pada harga diskaun sekitar 0.5% dari harga jangkaan iaitu USD4000. Rupa-rupanya market masih lagi mempunyai hasrat untuk drop ke paras yang lebih rendah dari apa yang admin jangkakan. Malangnya admin tidak dapat menghidu kejadian tersebut sejak dari awal-awal lagi. Al-maklumlah admin bukannya pakar ramal seperti Nujum Pak Belalang…tu…heee…heeeee. Admin hanya guna stratergi pengurusan risiko sahaja dan tidak mampu untuk membuat sebarang prediction tepat untuk menentukan sejauh mana harga akan dan mampu menjunam ( dari penglaman lepas-lepas, prediction mengunapakai kaedah teknikal analisis hanya akan mendatangkan lebih banyak konfius )…. Jadinya admin tidak praktikkan cara tersebut.
Rugi 10% sahaja….dari 41%..
Hampir 41% juga market drop….heee…heee. Itupun, masih ada lagi dari kalangan traders yang membuat ramalan menggunapakai kaedah ilmu ramalan masa depan bahawa market akan drop lagi sehinga mampu mencecah level USD2000 ( mereka lupa stok Bitcoin terhad dan permintaanya tinggi )…Jadinya mereka pun tunggulah dan terus berharap…..last sekali pada tarikh 15/9/2017 market berpatah balik ke level USD4000 ( tarikh posting ini dimuatnaik ). Sepanjang market drop, admin hold ( 10% sahaja dari harga yang terjun ) semua open position yang telah dibeli. Tak lama mana pun, 7 hari macam tu saja tempoh menunggunya sebelum nilai BTC recovering semula.
Invest dekat altcoin sangat membosankan…
Untuk altcoin buat masa ini, admin rasa sangat tidak menarik untuk dibuat bahan pelaburan ( bukan semua naaa, ada 3 ke 5 altcoin boleh dinilai semula ). Bitcoin drop mereka drop, bila harga bitcoin naik mereka masih lagi terhegeh-hegeh mencari arah tuju sama ada untuk naik atau statik pada harga yang sama. Jadinya agak membosankan jika invest pada benda yang banyak bergantung kepada sesuatu coin lain tetapi tidak aktif pada hari yang sepatunya. Jangan cari penyakit dan boleh mendatangkan kebosanan….heee….heeee.
Blahhhh dulu naaa…. dan admin nak kena sambung buat R&D untuk vitamin rambut pulak.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.
P/s: Bab basic jangan tanya banyak-banyak sebab benda tu boleh dapat free dalam internet dan kena rajin cari. Tak boleh makan suap selalu….tak baik untuk kecerdasan minda.