Perniagaan Bundle Okay Lagi Ke?

Assalamualaikum dan salam hormat,

5 tahun dulu admin salah seorang pembekal kasut bundle. Boleh bertahan sekitar 2 tahun lebih. Kira cun laa tu.

Pihak admin menggunakan blog sebagai platfom pemasaran, tidak ada kedai offline, tidak menyimpan stok ( kerana deal direct dengan supplier ). Bagi yang masih bertahan, tahniah buat anda dan admin surrender( buat bisnes lain pulak ). Time buat bisnes kasut bundle, jika ada tempahan…….seguni dapat laaa sekitar RM150 ke RM250 macam tu. Dalam sebulan biasanya ada 2 atau 3 kali tempahan sahaja. Kenapa sikit sangat?…perrghh soalan panas telinga ni….kerana,

  1. Markerting tak kencang
  2. Biasanya peniaga kasut bundle sahaja yang selalu buat tempahan ( sebab tu tempahan sikit ).
  3. Laku time dekat nak raya saja ( waktu lain kurang sambutan )

Nak buat bisnes bundle ni, kena ada banyak pintu masuk income. Harap ke bundle semata-mata….susah hati juga. Iklan 5 tahun dulu pihak admin tak padam, kesanya sampai sekarang masih ada lagi buyer baru bertanya tentang barangan bundle yang admin offer dulu-dulu ni ( ini semua kesan SEO yang ada dekat blog admin ).

Anda pembekal barangan bundle?.free pihak admin tidak caj apa-apa, boleh promote perniagaan bundle anda dekat ruangan komen yang ada di bawah ( tak promote jadi macam admin laa, kena tukar bisnes ).

Walaubagaimanapun jiwa bundle tetap bertahan, sekarang ini pihak admin jual beg bundle original sahaja. Nak tempah atau jika ada sebarang pertanyaan yang berkaitan sila whatsapp/telegram/wechat/call pihak admin di talian +6011 3222 9401

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *