Lokasi tepi jalan utama Kodiang – Jitra. 15 minit dari Pekan Jitra, 30 minit ke Kuala Perlis dan yang selebihnya sila lihat peta yang disediakan. Tempat-tempat perlancongan menarik berdekatan adalah Bukit Tembak ( Bukit Mok Cun ), Gua Kerbau, Gua Gong lokasi tinggalan sejarah perang musuh bisik Kedah – Thai dan 10 minit ke stesen keretapi ETS Kodiang.
Kemudahan:
- Tempat letak kenderaaan yang luas. Muat untuk 4 biji kereta.
- Kawasan rumah berpagar + sedikit dusun buah-buahan dan boleh makan jika musim buah.
- 3 bilik, 2 bilik utama dilengkapi penghawa dingin dan 1 bilik bujang berkipas.
- 1 bilik solat dan persalinan.
- Tv Njoi, mesin basuh dan kelengkapan untuk memasak.
- Kapasiti homestay boleh muat sehingga 15 orang.
Tempat makan:
- Restoren Camcha, Restoren Ikhwan, Pasembor Kodiang, Roti arab Pak Awang, Nasi goreng ayam sepinggan bak danĀ Murtabak Kg Kandeh dan banyak lagi.
Pasar malam dan nat berdekatan:
- Pasar malam Padang Sera, setiap hari Ahad 5pm sehingga 10pm.
- Pasar Malam Kodiang, setiap hari Selasa. Waktu operasi 5pm sehingga 9pm.
- Nat Kodiang setiap hari Sabtu, Nat pokok getah, Pauh setiap hari Ahad ( kena mai awai tempat parking sikit orang ramai bag hang ).