Posted on

Projek Rambut Gugur Dan Kepala Botak

Assalamualaikum dan salam hormat,

Nampaknya masalah botak kepala di tengah-tengah ini semakin hari semakin bertambah-tambah parah jadinya. Tak boleh jadi ni……..emm kena cari jalan penyelamatnya bermula dari sekarang ni…….walaupun admin bukanlah dari kalangan ahli dermatologists dan demi mengekalkan imej seorang lelaki ganteng, rela untuk mencuba. Jika tidakkkkkkkkk……. nanti…….terlepas laaa peluang untuk bergaya dengan fesyen potongan rambut zaman laaaaa ni….heeee…heeeeee.

Siap buat produk sendiri lagi tu…….

Admin sudah pun menghasilkan produk buatan sendiri dalam bentuk vitamin khusus untuk rambut….heeee…heeeee. Hasilnya setakat ini yang admin dapat kesan adalah kelemumur memang hilang dan kulit kepala rasa lebih segar dari biasa, rambut rasa lebih lembut dan gatal-gatal pun dah tak ada. Itu satu pekembangan yang cukup baik dari seorang yang bukan ahli dermatologists.  Emmm, untuk masalah botak kepala yang di tengah-tengah belum lagi menampakkan hasil……mungkin 2 atau 3 bulan lagi baru dapat tau hasilnya, itupun jika produk ini dapat befungsi dengan sebaik-baiknya…….

Ini haaa compound untuk rambut..

hair compound

Info setakat yang faham sahaja……

Yang admin baru nak faham, punca dan masalah botak kepala ini mungkin disebabkan oleh genetik dari keturunan yang telah kekurangan power nya untuk menanggung beban kesihatan yang berkaitan dengan rambut apabila usia telah meningkat naik biasanya 40 tahun ++ ( epik mola usia 30an ). Kesan makin bertambah parah apabila usia 60an ( jika umur panjang ). Mau tidak mau sebagai sorang pemilik rambut yang bertanggungjawab, terpaksa juga lahhhhh membantu dari luar untuk membekalkan apa-apa sahaja bahan atau vitamin untuk menyokong tahap kesihatan rambut dan juga komponenya sekali supaya folikel rambut terus kekal sihat seadanya.

Nak kena blah dulu….

Karangan ini akan bersambung apabila kajian dan hasilnya yang lebih detail telah diperolehi nanti dari R&D yang telah dijalankan.

Sekian terima kasih dan selamat membaca.

 

Kisah menarik berikutnya.........

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *