Ramainya Peniaga Internet

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Alhamdulillah bertemu sekali lagi.Perniagaan internet sekarang ini makin bertambah sakan sengitnya. Terasa sangat kesanya.Ada yang belum perasan lagi ka?

Dulu kalau nak dapatkan hasil jualan bukan main mudah lagi di internet tetapi sekarang ni terasa sangat-sangat kesanya.Nak buat macam mana…… peniaga internet makin bertambah dan tawaran yang dibuat pun makin menarik dan gila-gila.Emmmm.. bagi yang kurang idea dan tidak kreatif biasanya akan tertinggal dekat belakang laaa…..nampaknya.

Nak pulak sekarang ni ramai pembeli kena berjimat cermat, jadi tak ramai la yang boleh berbelanja sakan dan secara gila-gila lagi.Setiap benda yang hendak dibeli kena fikir sampai lebam baru boleh buat keputusan sama ada nak beli atau tidak.Jadi kalau hasil jualan kurang tu jangan salahkan diri sendiri pulak.Satu bab lagi yang paling tak best adalah ramai sangat  kaki penipu yang bergiat aktif  dekat  dalam dunia internet.Lagi la celaru dibuatnya.

Apa pun jadi lah peniaga yang kreatif dan perbanyakkan idea-idea pelik dan menarik untuk ditawarkan kepada pembeli.

Sekian terima kasih dan selamat berubah.

LAGI KESAH MENARIK UNTUK DIBACA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *