Bismillahi,
Admin mula jual kasut jenama Leo Sports ini sejak tahun 2014 dan sehingga kini kasut jenama Leo Sports dari Thailand ini masih lagi mendominasi pasaran untuk kategori kasut futsal original harga murah dan admin berhenti jual kasut ini pada tahun 2019 lebih kurang macam itu laaa… disebabkan oleh karana terlalu ramai penjual kasut yang sama dekat pasaran. Main harga dan untung sikit.. aaahh bosaan lah.
Kualiti kasut, reka bentuk memang sangat cun dan sepadan dengan harga dan yang paling bagusnya adalah cengkaman tapak kasut getahnya memang sangat-sangat baik sekali… Yang pentingnya, bila beli kasut ini, pembeli akan dapat barang yang sudah pastinya berkualiti dan kasut tahan lasak. Dengan adanya aktiviti persaingan antara penjual dekat pasaran, admin dapati harga paling murah setakat ini yang admin jumpa adalah RM22.90 sepasang dan ini sebenarnya adalah hampir kepada harga borong yang admin pernah dapat dapat sebelum ini…
Berapa sen laaa peniaga ini dapat eeekkk?…
Buat masa sekarang jadi pembeli lebih bagus dari jadi penjual…. kerana dapat membeli barang kualiti terbaik dengan harga yang sangat-sangat murah.. Kasut ini, tahan lama dan memang puas hati.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.