Categories
Marketing Research & Development

Salah Satu Cara Pemasaran Yang Menguntungkan Dan Patut Anda Cuba

Ini resume zaman internet untuk minta ehsan…heee…heeee. Bukan minta kerja tetapi menawarkan diri untuk bantu memperkenalkan produk milik orang lain secara gentleman ( tak ada jualan tak ada komisen, ada jualan ada komisen ) marketing jalan seperti biasa dan tak ada stop tanpa sebab kecuali yang liat nak bayaq komisen ( buat apa bela entiti macam tu ).

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ini resume zaman internet untuk minta ehsan…heee…heeee. Bukan minta kerja tetapi menawarkan diri untuk bantu memperkenalkan produk milik orang lain secara gentleman sebagai freelance promoter ( tak ada jualan tak ada komisen, ada jualan ada komisen ) marketing akan  jalan seperti biasa dan tak ada stop punya kecuali yang liat nak bayaq komisen.

Ada sesiapa di antara pemilik produk dan pekhidmatan yang terbaca status ini  sedang mengalami masalah untuk memasarkan produk masing-masing?…..ada ke tidak ni ?..admin tengah mencari produk berprofile tinggi untuk dipasarkan secara “makan komisen selepas terjual”.  Admin nak jadi freelance promoter ( tukang buat marketing ) yang tidak dibayar gaji  bulanan tetapi hanya dibayar komisen apabila produk tersebut berjaya dijual?. Adaaaaaa?…….. Admin nak cari yang boleh bagi komisen yang besar-besar sikit ( yang kecik ni banyak sangat dah ), apa projek pun boleh ( yang tidak menyalahi undang-undang ) jika ada laaaaa. Yang sedia ada sekarang ini, untungnya sikit sangat dan tidak mampu menampung desakan hawa nafsu serakah yang tengah meningkat naik sekarang  ini ( macam tak bersyukur laaa pulak). Bukan tidak bersyukur, al-kisahnya  admin ada mesin dan alat yang berprestasi tinggi untuk buat kerja-kerja tu semua dan kemampuan yang ada boleh p lebih jauh lagi tetapi tidak dapat digunakan secara all out ( tak ada produk yang sesuai. Semua produk level biasa saja ). Hari ni admin nak all out kan kemampuan tersebut. Dok tengah mencari produk yang admin boleh rengkuh komisen sekitar RM5000 +++++. Sebolehnya yang boleh support nafsu serakah ini untuk tempoh 3 ke 4 bulan macam tu, sebelum masuk komisen baru………..ada ka manusia atau pemilik perniagaan yang sudi bagi komisen serupa itu. Kalau ada macam mana pulak admin akan iklan kan benda-benda tu nanti?.

Sangat mudah, iaitu hanya menggunakan blog yang mesra SEO dan akan memviralkanya ke saluran media sosial yang dirasakan sesuai ( bab tersebut ikut nasib, jika ada yang tersangkut itu dinamakan sebagai rezeki yang dicari ). Pakej ini tiada jaminan kejayaan tetapi blog admin mesra SEO ( boleh jumpa dengan mudah dekat search engine ) dan platfom media sosial yang ada pun sudah cukup untuk menampung permintaan ini.  Tetapi perkhidmatan ini bukan admin bagi free naaaaa dan ianya dikenakan bayaran dalam bentuk komisen berstatus tinggi apabila produk tersebut berjaya dijual atau ada yang membelinya nanti ( kena ingat yang ini dan jangan buat-buat lupa plak ).

Harap-harap ada yang sudi menghulurkan tangan sebagai tanda ingin berkerjasama nanti. Lagi banyak agen pemasaran lagi luas dan tinggi kebarangkalian produk anda akan terjual. Kos marketing dapat dijimatkan dan ROI pun meningkat ( ini baru bijak namanya ).

Sekian terima kasih dan selamat berkerjasama.

p/s: Berniaga barang kecik untungnya pun kecik, mudah pulak tersangkut dengan budaya pemasaran moral rendah.  Jalan mudahnya , masuk market yang mereka ( pesaing moral rendah ) tak boleh masuk.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *