Posted on

Satu Tentang Kasut Dan Satu Lagi Tentang Dropship

Beg Bundle Original

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hari ni ada dua kesah, satu bab berniaga kasut dan satu lagi berkenaan program dropship yang disediakan oleh pihak admin.

Tentang kasut ni, depa kata nak order stok kasut bundle berguni-guni untuk buka bisnes kasut bundle ( siapa ada supply kasut bundle dalam kuantiti yang besar sila whatsapp/telegram admin sekarang ). Admin ada stok pelanggan yang nak order kasut bundle secara pukal. Mereka selalu call admin, memandangkan stok kasut bundle yang admin terima selalunya macam apa ntah. Jadi admin secara berat rasa hati mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan aktiviti supply kasut bundle yang tak elok ni ( sampai 60 pasang, yang boleh buat harga tak sampai 15 pasang dan yang lain kena lelong itu pun kalau ada yang nak beli ). Laaa ni admin supply kasut baru semua ( lebih senang nak jual, puas hati dan cepat dapat untung). Ingat tip ini, nak berniaga kasut bundle ni se-eloknya di selang seli campuranya dengan kasut yang baru iaitu nisbah 50/50 supaya berniaga tak penat ( projek ini untuk berniaga dalam kedai ). Admin dah usha teknik ini yang mana di aplikasikan oleh supplier yang supply kasut dekat admin.  Teknik ini sangat berjaya.

Haaaa…haaaaa, masuk bab dropship pulak. Depa masej tanya ada kosong lagi?. Admin jawab ada…….. komisen terkini 20% dan akan di upgred secara  berperingkat sehingga 70%. Pendaftaran percuma untuk 50 perserta pertama sahaja dan yang selebihnya akan dikenakan yuran pendaftaran RM150 satu kepala ( motif apa pun tak tau caj yuran mahal-mahal ). Tetapi bila ditanya, ada kepakaran jurujual? dijawabnya tak ada, emm ada sesetengah tu jawab ada sikit-sikit ( jawapan macam ni biasanya kena standby masa untuk mengajar la jawabnya). Emmm dropship ni bukan satu kerja yang mudah dan tidak semudah 1,2 dan 3. Yang buat projek dropship dan berjaya tu biasanya depa dah terer dalam bidang marketing dan yang sanggup buang masa untuk jadi terer. Realitinya bila terlibat dengan dropship para peserta jimat bab tak perlu cari supplier produk, simpan stok dan shipping sahaja( peserta dropship hanya sambung bab marketing, billing dan ROI ). Jika terer bab marketing dan berhasrat nak jadi terer, dipersilakan untuk tumpang sekaki buat buat bisnes ini tetapi jika hanya berminat oleh kerana ramai orang berjaya dapat untung kerana join dropship program, rasanya kena riview balik niat tu.

Nak join dropship program yang disediakan oleh pihak admin dengan tawaran komisen yang akan di naik taraf  sehingga 70% + profit sharing, sila whatsapp/telegram admin di talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya

p/s: lambat kena tinggai

More from my site

  • Peluang Untuk Tambah PendapatanPeluang Untuk Tambah Pendapatan Peluang untuk tambah pendapatan kembali lagi. Tools dan kepakaran marketing tahap basic perlu ada dan komisen agak lumayan. Boleh cuba jika rasa boleh buat dan modalnya ilmu marketing.
  • Bitcoin VS Emas FizikalBitcoin VS Emas Fizikal Emmmmmm...........admin menggunapakai kedua-dua platfom tersebut buat masa ini dan setiap satu darinya mempunyai peranan masing-masing dan kedua-dua platfom tersebut juga ada kekuranganya […]
  • Cara Mengatasi Masalah Persaingan Di Dalam Bidang PerniagaanCara Mengatasi Masalah Persaingan Di Dalam Bidang Perniagaan Nak buat macam mana ni?. Jika ilmu dan modalnya pun ciput memang susah laaa untuk bersaing. Nak pulak, yang ada sikap semulajadi iaitu kemalasan tahap apa ntah untuk menambah ilmu-ilmu […]
  • Bagaimana Harga Beg Tangan Bundle Di TetapkanBagaimana Harga Beg Tangan Bundle Di Tetapkan Biasanya pihak admin akan tengok brand, lepas tu tengok kualiti dan cek status barang bundle tersebut sama ada limited stok atau biasa-biasa punya. Jika limited stok dan branded terkenal, […]
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *