Categories
Open source Research & Development

Pengalaman Setahun Bersama Search Engine DuckduckGo

DuckduckGo adalah search engine alternative kepada Google search engine.

Duckduckgo search engine

Assalamualaikum dan salam hormat,

Admin start guna search engine Duckduckgo secara serius sejak dari penghujung tahun 2016. Disebabkan kecewa yang teramat sangat dengan tindakkan Google search engine yang telah menurunkan secara drastik hampir 85% populariti bahan carian yang datangnya dari blog milik admin. Sejak dari itu, admin melekat terus seperti kena gam dekat search engine DuckduckGo.

Apa yang menariknya…..

Pada peringkat awal pengguna DuckduckGo ini biasanya terdiri daripada golongan pengguna yang tidak suka akan aktiviti mereka dijejak, dipantau dan disimpan untuk tujuan tertentu terutamanya untuk tujuan pengiklanan. Bagi pihak admin pulak, DuckduckGo ini sifatnya lebih kepada kejujuran pekhidmatan berbanding Google search engine di dalam menjalankan tugas masing-masing sebagai gatekeeper. Mereka tidak menyembunyikan sesuatu dan memanipulasi bahan tertentu daripada pengetahuan pengguna dan setiap apa yang pengguna cari melalui perkidmatan search engine yang mereka sediakan, pasti kesemuanya akan cuba disenaraikan dengan jujur sekali….terbaik dan disukai oleh geng SEO marketing.

Antara beberapa kelebihan yang dapat dikesan…..

Blogger yang menggunakan platfom percuma seperti Blogspot, adalah salah satu darinya yang admin lihat banyak sekali mendapat manfaat daripada perkhidmatan search engine yang disediakan oleh DuckduckGo ini berbanding yang disediakan oleh Google search engine. Artikal mereka tidak dibuang jauh-jauh sama sekali dan tetap tersenarai di dalam senarai search engine dan sama kedudukanya dengan lain-lain platfom yang terlibat sama…..memang menarik.

Ini laa punca utamanya…..

Emmm……lagi satu hal, punca utama yang menyebabkan admin suka akan DuckduckGo adalah kemudahan carian organik marketing yang disediakan oleh mereka yang mana boleh diketegorikan sebagai sangat mantap. Untuk kaki iklan yang menggunakan kaedah SEO sebagai jalan marketing, pasti suka dengan kemudahan yang telah disediakan itu dan dahulunya ianya boleh didapati dengan mudah di platfom search engine yang disediakan oleh Google ( sebelum algoritham tukar ). Di Malaysia, rasanya pengguna masih ramai yang suka dengan Google search engine dan ikut rekod yang lepas-lepas ianya hampir 93% penguasaan pasaran berbanding dengan search engine yang lain-lain. Setakat artikal ini dimuat naik, jumlah carian di DuckduckGo telah mencecah 22 billion berbanding 2010 sekitar 33 ribu. Berlaku peningkatan yang sangat banyak dan itu tandanya sudah mau jadi glamour.

Tak cuba tak tahu….

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *