Categories
Bitcoin Research & Development

Sejauh Mana Bitcoin Boleh Membantu Rakyat Malaysia Untuk Hidup Mewah

Siapa yang ada simpan stok bitcoin waktu ini pastinya akan tersenyum lebaq sampai 2 ke 3 hari yang berikutnya. Emmm dijangka harga bitcoin akan terus meningkat naik setidak-tidaknya USD 2000 macam tu ( statement dari pentaksub bitcoin ).

Assalamualaikum dan salam hormat,

Heee….heeeee, hidup mewah tu. Ada yang akan percaya ke dengan cerita mengarut ini?. Manusia yang selalu kena tipu dan yang banyak kali sangat rugi apabila buat bisnes, biasanya akan ragu-ragu dengan statement ini. Lantak p dekat depa laaaa.

Operasi sedut-menyedut keuntungan sampai lupa diri

Mulai dari tarikh posting ini dimuat naik, seminggu sebelumnya. Heeee…heeee admin tidak sempat untuk update kesah R&D yang telah berlaku kerana terlalu asyik dengan projek bitcoin exchange iaitu operasi sedut-menyedut keuntungan( mining rig old skool pun jalan time ni ). Hari posting ini dimuat naik, 1 bitcoin / RM6300 ++ ( rasanya dah turun sikit ). Siapa yang ada simpan stok bitcoin waktu ini pastinya akan tersenyum lebaq sampai 2 ke 3 hari yang berikutnya. Emmm dijangka harga bitcoin akan terus meningkat naik setidak-tidaknya USD 2000 macam tu ( statement dari pentaksub bitcoin ).

Beberapa perkara penting yang telah dipertingkatkan keupayaanya

Selain dari trade dekat bitcoin exchange, admin sempat juga pasang masuk mini bitcoin exchange untuk kegunaan sendiri( guna blog sahaja ). Kena ada platfom yang semacam ini kerana nantinya benda ini boleh dijadikan sebagai platfom jual beli untuk personal stok bitcoin yang berlambak-lambak dan yang ada di dalam simpanan tu untuk dicairkan( stok bitcoin bukan untuk simpanan kekal semata-mata malah boleh juga digunakan sebagai alat pemuas nafsu serakah ). Apabila mudah didapati, ianya tidak perlu lagi disimpan lama-lama seperti gold, sebahagianya untuk kegunaan dan sebahagian lagi untuk kegunaan simpanan kekal dengan harapan harga akan naik ke paras 1 bitcoin / USD 5000 ( mimpi pentaksub bitcoin yang nyata akan berlaku ) heeeee…..heeeeeeee. Dengan adanya platfom seperti ini, admin tidak perlu lagi menggunapakai mana-mana pekhidmatan jual beli bitcoin ke fiat yang disediakan oleh banyak platfom tumpang third party yang ada di dalam internet dan keselamatan bitcoin sudah pastinya akan lebih terjamin. Cumanya, nanti perlu dihebohkan saja laaaaaa……untuk pengetahuan umum( masalah kecik saja tu ). Selain dari itu, admin sempat juga test cara guna stop-limit functions ( sesuai untuk trader yang tamak dan steady ). Benda ni kadang-kadang seronok juga kerana dapat memaksimumkan keuntungan ke paras tertinggi selagi terdaya sebelum market membuat sebarang harga pembetulan yang terbaru. Apabila menggunapakai fungsi seperti ini, admin tidak perlu risau lagi bab turun dan naik harga yang akan berlaku dan biasanya admin akan set pada kadar 3% ke 5% ( kadar yang sudah untung ) macam tu bagi setiap kenaikkan untuk membolehkan stop-limit functions digunakan. Bab ini kena tengok kekuatan sesuatu market yang terlibat ( kena cekap bab membuat tanggapan rawak ).

Aktiviti terlampau, trade sampai muntah hijau

Ada lagi…………………aktiviti menyelam sambil buka mata juga dibuat oleh admin. Iaitu buka pakej untuk belajar trade bitcoin sampai muntah hijau. Emmmmm, pakej ini untuk trader yang suka cara to fast to furious. Tak syoknya, pakej ini berbayar dan bukanya free. Emmmmmm tak mau cerita banyak-banyak sat lagi ada yang meloya pulak ( ada sesetengah manusia itu hobinya adalah tidak suka ). Maklumat lanjut sila tengok dekat kotak putih dengan ayat memberangsangkan dekat bawah. Heeee….heeeeeeee.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: contact information ada dekat bawah dan rasanya tajuk dekat atas tak berapa nak ngam. Emmmmm..heee..heeeee.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *