Sistem Bitcoin Berkonsepkan Pinjam Dan Invest

Assalamualaikum dan salam hormat,

Tuuuhhh dia konsep apa pulak ni?. Ini laaaaa bendanya yang admin jumpa bila selongkar dalam-dalam tentang bitcoin. Makanya terjumpa laaaaaaa dengan konsep pinjam dan invest dan benda ni sememangnya sangat-sangat menarik untuk diaplikasikan.

Yang ada duit lebih

Konsep ini sangat mudah untuk diaplikasikan iaitu yang ada DUIT LEBIH ( kelompok yang ramai ) boleh buat investment dan YANG TAK CUKUP DUIT boleh buat pinjaman. Cara ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dengan menggunapakai konsep asas bitcoin itu sendiri iaitu open source, decentralized dan smart contract.  Emmmmmm, ada lagi huraianya iaitu yang MEMINJAM kena bayar balik dalam bentuk perkongsian keuntungan bukan interest rate naaaaaa ( tak  layan laaaa interest rate tu semua ) dan dengan cara itu yang MELABUR akan mendapat ganjaran masing-masing dan kadang-kadang lambat dapat pun adaaaaaaaaaaaaaa. Emmm yang apply fix rate pun ada ( bukan islam ) dan bayaran balik akan dibuat ikut ketetapan yang dibuat oleh peminjam ( mingguan, bulanan dan tahunan ).

Bantu yang tidak mampu untuk realisasikan hasrat mereka

Konsep semacam ini ada yang letak nama crowdfunding, P2P lending dan macam-macam lagi. Yang jelasnya adalah KELOMPOK RAMAI YANG MAMPU DAN ADA FUND BERLEBIHAN boleh melaburkan dana yang mereka ada untuk membantu kelompok tertentu yang memerlukan ( konsep bantu membantu jika diikutkan pada sumber asalnya ). Geng yang buat benda ini sebenarnya, mereka tidak lagi berminat untuk menggunapakai konsep pinjaman yang disediakan oleh sistem perbankan yang sedia ada, yang mana bagi mereka ianya agak menekan dan keterlaluan. Ada dibentang secara serius di dalam rancangan TED talk. Emmmmmm, sama laa dengan fungsi dan aspirasi asal matawang digital iaitu bitcoin dan elok sangat-sangat laaaa tuuuu. Part ni kena kupas lagi tetapi admin dah naik muak untuk mengarang…heeeee…heeee.

Yang memberi akan dapat juga habuanya

Nahhhhhhh!, apabila terlibat dengan konsep dan sistem serupa ini makanya kita tidak lagi terlibat dengan aktiviti riba kerana telah menggunapakai konsep perkongsian keuntungan ( hadiah untuk yang mambantu dan yang memberi ). Emmmm, ini merupakan salah satu daripada konsep pembasmian kemiskinan tegar yang ada pada zaman ini dan hal ini telah pun menampakan hasilnya.

Adakah ini skim pelaburan?

Ada yang kata ini skim pelaburan yang berisiko tinggi. Emmm, itu pandangan puak-puak jahil lagi kedekut nak mampos dan abaikan mereka dan sistem ini tidak perlu penyertaan manusia seperti mereka. Sistem ini tidak mengumpul dana tetapi hanya dijadikan sebagai tempat pemadanan antara YANG ADA DUIT LEBIH dan yang ada IDEA TETAPI tidak TIDAK CUKUP BAJET. Yang berhajat untuk membangunkan sistem serupa ini, boleh taip keywords dekat search engine “bitcoin lending atau bitcoin crowdfunding “. Tetapi awas, ada sebahagian darinya telah pun disalah guna sebagai platfom pelaburan ala-ala skim cepat dapat untung. Jadinya perlu diteliti dengan lebih dalam sikit tentang hal itu kerana sistem ini seakan-akan sama laaaaaaa. Lagi satu sumber, boleh saja taip ” crowdfunding bitcoin wiki”. Dalam  tu banyak lagi cerita pemula yang berkaitan dan yang telah menggunapakai sistem yang serupa ini.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Bitcoin pada mulanya dipandang nagetif, nahhhhhh sekarang apa sudah jadi?….dan admin tidak mengayat manusia bebal tetapi kongsi maklumat berkonsepkan opensource sahaja. Manusia bebal ni belagak saja pandai.

 

More from my site

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *