Sistem Pendidikan Holistik Sepadu

Assalamualaikum dan salam hormat,

Khusus untuk orang utara ( lain-lain negeri juga turut dijemput ) yang mana berminat untuk melabur di dalam bidang ilmu pendidikan tahap tinggi kepada anak-anak.

Lokasi sekolah berada di Kodiang, Kedah.  Sekolah yang diberi nama Maahad Pendidikan Al-Fateh ini telah ditubuhkan pada tahun 2012. Sistem pendidikan yang digunapakai adalah SISTEM PENDIDIKAN HOLISTIK SEPADU. Satu-satunya Maahad / Sekolah di Utara yang menawarkan sistem pendidikan yang setanding dengan Sekolah Islam ADNI, KL ( antara sekolah yang mengguna pakai sistem pendidikan terbaik dalam menghasilkan generasi cermerlang di Malaysia ).

Fokus utama SISTEM PENDIDIKAN HOLISTIK SEPADU yang digunapakai di Maahad Pendidikan Al-Fateh adalah:

  1. Menyediakan program-program pendidikan holistik sepadu yang sesuai dengan pembesaran kanak-kanak bermula dari pra sekolah sehingga sekolah menengah bagi melahirkan individu muslim yang cemerlang dan beramal soleh secara keseluruhan.
  2. Memaksimumkan peningkatan potensi bagi membantu individu mencapai kecermerlangan dalam semua aspek kehidupan.
  3. Menyuburkan ketrampilan serta kualiti kepimpinan yang diperlukan dalam melaksanakan tangung jawab sebagai khalifah ALLAH.
  4. Membina potensi insan serta melengkapkan ilmu yang diperlukan bagi membina ummah cemerlang.
  5. Sekolah aliran Bahasa Melayu dan Bahasa English
  6. Silabus yang digunapakai adalah KBSM dan IGCSE ‘ O ‘ Level
  7. Sistem holistik sepadu yang digunapakai adalah pengajian al-quran, program akademik digabungkan dengan program kajian islam pengajian hadis, tajwid, hafazan dan pengajian islam ( aqidah, fiqh, akhlaq dan sirah ).
  8. Dan banyak lagi.

Sistem pendidikan sebegini tidak terdapat di sekolah-sekolah biasa. Sistem pendidikan holistik sepadu adalah sistem pendidikan yang berpandukan kepada:

  1. Penghayatan ilmu
  2. Pembinaan akhlak
  3. Peningkatan kemahiran & ketrampilan
  4. Pencapaian akademik
  5. Pelaksanaan dalam kehidupan

Bagi waris yang berminat untuk menempatkan anak-anak di Maahad Pendidikan Al-Fateh dan merupakan satu-satunya sekolah yang ada dibahagian Utara ( Kedah ) dan yang mengunapakai SISTEM PENDIDIKAN HOLISTIK SEPADU, sila hubungi:

En Zaki di talian +6019 4709907 ( pengurus Maahad Pendidikan Al-Fateh ) atau boleh hubungi pihak admin yang bertugas menggunakan whatsapp/viber/telegram/line/call di talian +6011 3222 9401 ( admin niaga24jam.com ) atau boleh guna ruangan komen dibawah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

One thought on “Sistem Pendidikan Holistik Sepadu”

  1. salam….nak tanya…macam mana ye kalau saya nak apply jadi tenaga pengajar di situ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The brand you can trust as like as you trust yourself