Categories
Research & Development

Tahniah! Khairul Aming Kerana Berjaya Mendapat 80 Ribu Jualan Dalam Tempoh 3 Minit 39 Saat

Wooww! mantapp… stratergi yang bagus dengan 2 produk terbaik…

3 minit 39 Saat

80 Ribu Jualan

RM 1 JUTA TERPANTAS DI TIKTOK MALAYSIA

Bismillahi,

Woowww! Tabik spring dan tahniah dan ini memang sangat hebat.

Kenapa begitu cepat dan pantas Khairul Aming mampu menghasilkan jualan sepantas itu?.. Dengan bantuan pangkalan data pengguna setia yang telah tersedia sejak sekian lama dan jenama Khairul Aming itu sendiri yang sudah terkenal dikalangan pengguna produk keluaran jenama Khairul Aming… maka KEPERCAYAAN yang telah tercipta sejak sekian lama itu yang memainkan peranan penting… admin belum mampu untuk sampai ke peringkat tersebut.. pasainya, buat kerja tidak konsisten…heeee..heeeee.

Apabila sudah memiliki pengkalan data pengguna setia yang kuat dan kena pulak dengan stratergi pemasaran.. maka itulah hasil jangka singkat yang diperolehinya… memang paduuuuu. Nak buat benda ni kena ambil masa yang lama tetapi bila sudah tersedia maka itulah hasilnya.. teknik yang sama sering digunakan oleh syarikat Apple, pembuat filem blockbuster dan beberapa lagi syarikat-syarikat besar yang lainnya. Kerap kali kita dapat lihat dari laporan media adalah syarikat Apple dengan produk andalannya iaitu talifon pintar berjenama iphone… itupun sebab dapat banyak liputan media terkenal… maka kita pun tahu laaa kejadian tersebut..

Tahniah! dan tumpang bangga.. selaku pemilik perniagaan, Pasukan Khirul Aming telah menunjukkan kepada admin bagaimana kejayaan stratergi jualan singkat itu boleh dan mampu berlaku… admin dah faham cara ini tetapi proses buatnya selalu sangat tidak konsisten.. pasai itu laa tak penah merasa untuk dapat buat sampai ke tahap yang semacam itu…Emmmm, pelajaranya adalah jangan ikut cara admin dan yang ingin berjaya seperti Khirul Aming, kena ambil pelajaran akan kejadian ini rapat-rapat.. kerana hasilnya sangat lumayan..

Selamat majujaya semua..

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *