Bismillah,
Inilah yang dikatakan tamak nak ambil untung lebih, selalu akan kena tunggu lebih lama…kerana dalam tempoh 7 hari penanda indikator RSI yang admin guna sudah mula cecah garisan 80%, garisan terlebih BELIAN untuk tempoh seminggu. Makanya, pasaran akan mula membuat pembetulan harga dan ini sedang berlaku sekarang….
Berani boleh tunggu, jika rasa goyang kena ambil sahaja setakat mana untung yang masih tersisa…Punca ini berlaku kerana sasaran terlalu tinggi berbanding keupayaan sebenar pasaran untuk tempoh 7 hari….ini pelajaran paling berguna.
Kes di atas merujuk kepada aset BCH yang admin buka posisinya 2/8/2022. Pada 8/8/2022 harga tertinggi sekitar $148/1 BCH. Anggaran untung sekitar 8.35%…Semasa artikel ini dimuat naik, harga aset sudah susut nilai untungnya dan tersisa 1.5%+ lebih kurang macam itu laaaaaa…haaaa..haaaaa….
Jadinya…urusniaga singkat tidak perlu tamak dan perlu letak sasaran yang senang dicapai oleh pasaran adalah lebih baik….Untung sikit lebih baik dari susut nilai modal…..terima tu dan admin akan tunggu untuk pantulan berikutnya. Tak ada margin call, jadi santai-santai saja dalam menunggu.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.