Categories
Pelaburan Rahsia Dan Tip Menarik

Teknik berkesan dari Jesse Livermore untuk melabur

Siapakah sebenarnya Jesse Livermore ?
Beliau merupakan seorang pelabur yang berjaya dipasaran saham yang pernah wujud dalam dunia pelaburan pada zamannya.Beliau pernah berjaya  mencipta keuntungan sebanyak $3juta dalam masa satu hari pada tahun 1907.Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1929 beliau berjaya sekali lagi mencipta keuntungan iaitu sebanyak $100 juta.

Inilah dia sebahagian dari kejayaan yang berjaya di cipta oleh Jesse Livermore ketika beliau berurusniaga.
Mungkin ada lagi cerita menarik tentang kejayaan mengenai beliau.Tetapi malangnya saya hanya dapat sedikit sahaja cerita mengenainya.Yang selebihnya anda kena cari sendiri atau pun tunggu saja keluaran yang akan datang.   
Tujuan saya pada kali ini bukan untuk bercerita tentang latar belakang Jesse Livermore tetapi untuk melihat apakah teknik yang beliau gunakan ketika berurusniaga sehingga berjaya mencipta keuntungan dengan sedemikian rupa.Baiklah  kita jangan buang masa,sila lihat cerita mengenainya dibawah :

Tip ringkas dan langkah-langkah yang sering digunakan oleh Jesse Livermore.

  • Keluar dari urusniaga atau ” cut loss ” dengan segera jika mengalami kerugian.(Maksimum kerugian yang beliau tetapkan adalah 10%)
  • Biar keuntungan naik selagi tidak ada alasan yang kukuh untuk keluar dari urusniaga atau ” take profit activity “.
  • Pastikan jumlah kuanter yang ingin diperhatikan tidak terlalu banyak.Untuk memudahkan urusan pemantauan.
  • Berhati – hati jika berurusniaga diwaktu  pasaran terlalu tinggi.

Tip ringkas untuk mencipta keuntungan.

  • Keuntungan akan datang apabila masuk berurusniaga kemudian duduk dan menunggu masa datangnya keuntungan tersebut dan bukannya dari berfikir semata-mata.
  • Apabila sudah tiba waktunya anda harus keluar dari pasaran atau urusniaga.
  • Untuk berurusniaga harga yang hendak dibeli tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah.
  • Jangan melabur atau berurusnaiga mengunakan duit simpanan untuk kegunaan keperluan diri dan keluarga anda.
  • Dalam pergerakkan harga dipasaran.Turun naik harga mesti berlaku dalam setiap urusniaga.Kesabaran dan mengikut disiplin urusniaga adalah amat penting.
  • Amaran bahaya akan datang : ” ONE DAY REVERSAL ” apabila harga urusniaga paling tinggi hari ini melepasi harga urusniaga paling tinggi yang lepas.Tetapi penutup hari ini lebih rendah dari penutup hari urusniaga yang lepas dan jumlah dagangan ” VOLUME ” pada hari urusniaga tersebut tinggi dari hari urusniaga yang lepas.Berhati-hati !! kata Jesse Livermore.
  • Tunggu sehingga cukup syarat – syarat yang telah anda tetapkan,baru buat keputusan untuk memulakan urusniaga.
  • Beli dengan jumlah lot yang kecil dahulu untuk tujuan ujian dan penilaian anda terhadap urusniaga yang telah anda buat sebelum membuat keputusan membeli dengan jumlah lot yang besar.

Itulah sahaja teknik dan juga tip urusniaga yang di gunakan oleh Jesse Livermore yang ada pada pengetahuan saya.Bagi saya teknik yang digunakan ini berbagai-bagai,Jadi terpulang kepada anda semua sama ada untuk mengunakannya atau sebaliknya.Ada sesetengah dari tip yang saya dapati dari teknik yang digunakan Oleh Jesse Livermore ini tidak dapat saya terjemah kedalam bahasa melayu yang boleh memudahkan anda semua memahaminya.Jadi saya terpaksa menaguhkannya dahulu sehingga saya dapat cerita dan gambaran  yang sebenarnya.

Kata seorang penulis :
Spekulasi adalah perniagaan,dan sama dengan perniagaan yang lain.Ia memerlukan kerja kuat untuk mendapat hasilnya. 

Jika ada sebarang kesilapan saya mohon maaf.Pembetulan dan teguran dari anda semua yang berkunjung dan sudi membaca cerita ringkas ini saya amat hargai.
Yang selebihnya kita akan bersambung pada keluaran akan datang.

Sekian terima kasih dan selamat menjadi pelabur yang berjaya.         
                        
      

Powered by ScribeFire.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *