Categories
Cryptocurrency Research & Development

Teknikal analisis indicator RSI + CANDLESTIK spot POW tidak banyak mendatangkan hasil bulan 9 dan 10

Kena bijak dan cepat untuk menjaga modal pokok dari terus hangus….bukan senang ooooo untuk cepat dapat untung jika modalnya sikit.

Bismillah,

Pasaran aset blockchain teknologi suram sejak bulan 9 dan 10/2022 pada bahagian urusniaga spot kategori POW. Tidak banyak hasil dapat dikutip…..Leeeeemmaahhh. Inilah fenomena yang membosankan apabila terlibat dengan urusniaga singkat ketika pasaran melemah. Kurangnya aktiviti penawaran dan permintaan pada bahagian ini…dan kemana aktiviti permintaan bahagian ini semua membawa diri?…

Peluncuruan token-token baru adalah dilihat lebih mendapat sambutan berbanding aset-aset lain yang telah lama berada di dalam pasaran dan ini akan menambahkan lagi kesan lemah buat aset-aset blockchain teknologi terutamanya dalam ketegori POW….misi dan urusniaga untuk memburu keuntungan cepat melalui token baru oleh kebanyakkan peniaga dipasaran sedang mendominasi pasaran pada ketika ini berbanding memenuhi impian dan aspirasi decentralized itu sendiri ….heeee…heeee, memang tidak terkejar dibuatnya jika situasi ini terus berlaku. Tidak hairan laaa kenapa banyak token-token baru bermunculan sejak kebelakangan ini kerana proses pembuatanya menjadi lebih mudah menggunakan kemudahan sistem POS…. token-token yang sebahagian darinya akan bernasib malang buat pelabur dan peniaga apabila statusnya bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi shitcoin… Motif utamanya hanyalah dicipta untuk memburu keuntungan cepat semata-mata dan bagi pemula, elok lebih berhati-hati jika terlibat dengan aktiviti yang sebegini…kerana boleh total loss…Kenapa admin kata macam itu?….sudah diteliti lama sangat dah perangai pembuat-pembuat aset ini semua dan konsep lebih kepada hit n run…..Perlu bertindak cepat ambil untung dan cepat selamatkan modal pokok dan konsep beli dan simpan tidak terguna pakai untuk token atau aset yang berada dalam status ini.

Jika aset utama seperti Bitcoin sendiri urusniaganya lemah dengan voletiliti yang sangat sempit sehingga susah untuk mencipta keuntungan pada jarak singkat….makanya, urusniaga seperti ini akan jadi bertambah-tambah membosankan dikedepan harinya apabila peniaga dan pelabur sedikit demi sedikit mula meninggalkan pasaran dan menuju ke pasaran lain yang lebih agresif dan high risk…Ini petanda yang tidak sihat kepada peniaga jarak singkat lower risk. Aset selain dari itu…mau fikir sendiri laaa….

Sangat membosankan…apabila kejadian seperti ini berlaku….

Bertabah laahhhhh…..Ini market bukan satu orang yang menentukan turun dan naik harganya…ia melibatkan ramai pihak. Aset POW susah untuk diterbitkan kerana terlibat dengan aktiviti proses perlombongan yang ketat…oleh itu, kualiti aset sangat terjaga untuk tempoh jangkamasa lama….dan aktiviti kepada aspirasi ini semua sudah berlalu. Terima tuuuuuuu dan team admin masih berpegang kepada teknik ini ” untuk berjaya dalam apa bidang sekali pun, ilmu yang cukup mantap adalah keperluan utama kerana perubahan berlaku setiap masa”.

Untuk buka akaun trading dan belajar trading secara PERCUMA, bergabung di channel ini https://t.me/keriptokarensi

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *