Categories
Homestay Research & Development

Template iklan homestay versi digital

Template iklan homestay digital menggantikan template versi kertas biasa. Lebih efektif, jimat kos dan luas jangkauannya. Sesuai untuk pengusaha homestay yang serius dalam bisnes homestay.

Bismillahi,

Ini kemudahan terkini yang boleh diserap masuk untuk mempermudahkan lagi kerja-kerja hebahan yang melibatkan aktiviti perniagaan homestay.

Tidak perlu lagi template iklan versi lama yang mana ianya dicetak diatas sekeping kertas berwarna dengan rekabentuk tertentu + maklumat penting tentang perkhidmatan atau produk yang kemudiannya perlu diedarkan secara manual kepada orang ramai.

Versi digital persembahanya seperti di bawah. Template iklan versi digital formatnya boleh dimasukkan video, gambar beserta teks keterangan, peta lokasi, harga dan borang tempahan untuk kemudahan pengguna yang ingin membuat tempahan sama ada untuk hari kedepan yang lebih lama atau tempoh terdekat. Semuanya boleh disambung dengan sistem pembayaran untuk mendapatkan pengesahan secara automatik.

Sistem tempahan pengesahan automatik tidak disertakan fungsinya untuk contoh dibawah tetapi sistem tersebut boleh sahaja di cantum masuk jika ianya diperlukan… Yang menariknya tentang sistem tempahan iklan homestay seperti ini adalah, ianya dapat beroperasi secara dalam talian 24 jam setiap hari… kepada pengusaha homestay yang berminat untuk mandiri dengan sistem tempahan milik sendiri berdasarkan contoh template iklan di bawah, boleh sahaja DIY sistem tersebut ikut format sederhana seperti di bawah dan kos yang diperlukan untuk menghidupkannya sekitar RM500 seperti itu. Sila rujuk harga pelayan laman web yang ada di pasaran dan harga tersebut adalah harga untuk sistem template homestay bersaiz kecil dan ringan sahaja.

Kepada pengusaha yang tidak punya kepakaran untuk DIY, boleh sahaja tumpang slot template iklan yang disediakan oleh blog ini dan template iklannya akan kelihatan sederhana seperti di bawah dan tempatnya terhad.

  1. Kerja-kerja iklan akan dibuat oleh pasukan kami, jimat masa dan tenaga.
  2. Tempahan akan terus kepengetahuan anda melalui app whatsapp atau Telegram atau email.
  3. Disertakan juga cadangan video produksi profesional oleh pasukan sub sokongan kami jika ianya diperlukan dan kosnya berasingan ( paling mahal RM700 ). Hasil kerja pembuatan video dari team sub video produksi seperti yang ada dibawah. Video tersebut bukan hasil kerja team kami tetapi itu hasil kerja sub team terbaik yang kami pilih untuk projek ini.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Homestay Jitra Kodiang, Kedah

RM 0.00RM 160.00

Selamat datang ke ruangan cari homestay sederhana Jitra Kodiang, Kedah Darulaman.

Kemudahan homestay TERSEDIA untuk para pengunjung yang terpaksa bermalam di Jitra sehingga Kodiang. Kemudahan baguih dok adaa!..

Pilih yang mana sesuai….ikut bajet masing-masing. Sebarang pertanyaan, sila masej admin bertugas….

Kepada pemilik homestay!…  Berminat untuk iklan homestay guna template iklan homestay yang ringkas seperti ini, sila masej admin  bertugas di alamat Telegram – https://t.me/maketmakers.

Peta ke lokasi

0 SUCCESSFUL ORDERS

28489 viewed until today

SKU: N/A Categories: ,

Tonton Video

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *