Bismillahi,
Ini idea template iklan untuk tarik trafik ke premis yang dibuat untuk peniaga kecil dan yang berada jauh dari lokasi kawasan bandar dan tumpuan orang ramai.
Konsep ini sesuai juga digunakan oleh usahawan yang suka menjalankan perniagaan dari rumah, yang ingin memanfaatkan kawasan kampung yang cantik tetapi berada jauh dari tempat tumpuan ramai orang dan sering menghadapi masalah kekurangan pelanggan disebabkan lokasi tidak diketahui. Template iklan ini akan bekerja untuk tarik perhatian pengguna, penonton, bakal pelanggan yang berada diluar kawasan liputan dengan maklumat yang telah tersedia dan mengheret mereka semua ke lokasi premis dengan info yang dibekalkan oleh template iklan sebagai pengcangkuknya.
Dengan adanya cara seperti ini, usahawan tidak lagi perlu membazirkan banyak wang untuk menyewa premis yang mana harganya mahal terletak dikawasan bandar ( sewa mahal adalah bebanan buat peniaga ). Di bawah adalah contoh template iklan yang dibuat contoh untuk perkhidmatan warung mee udang. Lokasi warung berada jauh dari kawasan pekan iaitu sekitar 4.4km. Sasaran pengunjung adalah sekitar Pekan Jitra, Bandaraya Alor Setar dan kawasan sekitar dengannya. Prospek akan dikejar menggunakan kaedah SEO dan viral dibeberapa sosmed terpilih dengan wakil utamanya akan dimainkan oleh template iklan. Dari cara itulah trafik ke premis perniagaan terbentuk dan teknik ini adalah teknik berulang-ulang dan berjalan secara automatik untuk tempoh 24 jam. Lihat contoh template iklan di bawah.
Kepada usahawan kecil yang berminat, ingin tahu cara bagaimana untuk DIY template iklan perann seperti ini, sila masej admin bertugas di https://t.me/maketmakers atau boleh tinggalkan pertanyaan masing-masing diruangan komen yang telah tersedia di bawah.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.
Template Iklan Warung Mee Udang Kg Kota Giam
RM 0.00 – RM 85.99
Ini contoh template iklan untuk warung mee udang. Warung ini jauh dari kawsan tumpuan orang ramai, makanya untuk tarik pengunjung luar kawasan supaya tahu dan boleh berkunjung ke warung ini makanya template iklan digunakan untuk kerja-kerja iklan dan hebahan… Harap makkk looongg.
Premis: Mee Udang D’Sawah
Lokasi: Kg Kota Giam, Jitra, Kedah.
Waktu operasi:
Buka : 12.45pm – 7pm
Sabtu – Ahad: Cuti
Menu:
- Mee udang
- Laksa
- Ais Kacang ( ABC )
- Laicikang
- Nasi Ayam
Peta lokasi Warung mee udang D’Sawah…
0 SUCCESSFUL ORDERS
1926 viewed until today
Tonton Video
Ini kisahnya..
Ini hanya template iklan serbaguna untuk dijadikan bahan penarik trafik utama ke premis perniagaan. Sumber template iklan ini diambil dari sumber sebenar.
Sebelum pelanggan tahu akan keberadaan dan merasai keenakkan, kesedapan masakan di kedai, gerai atau warung yang terlibat… peniaga perlu ada 1 template khas yang memainkan peranan utama bagi memudahkan aktiviti hebahan dan iklan. Apa fungsi template iklan ini?…
- Selaku bahan hebahan utama untuk tarik perhatian pelanggan secara berterusan melalui internet. Ini terjadi kerana template iklan ini aktif 24 jam dan mudah dijumpai di sosmed terpilih dan juga enjin pencari.
- Diselit masuk beberapa kemudahan penting iaitu video pendek, gambar dan teks untuk memantapkan lagi fungsi iklan dan hebahan.
- Dimasukkan sekali peta ke lokasi dan ini adalah komponen penting untuk menarik bakal pelanggan atau pengguna lebih cepat ke lokasi terutamanya yang berada disekitar dan berjarak dekat dengan premis.
- Dimasukkan juga kemudahan tempahan lebih awal secara dalam talian untuk kemudahan pengguna dan peniaga mengatur jadual kunjungan dan operasi masing-masing dengan lebih mudah dan selesa.
- Ini alat penting untuk tarik perhatian pengguna ke premis yang berada diluar kawasan liputan masyarakat. Makanya, dengan adanya kemudahan iklan dan hebahan seperti ini keberadaan premis menjadi lebih mudah untuk diketahui oleh penduduk setempat dan juga trafik dari luarnya juga.
Template iklan ini dimuat naik untuk memberikan sedikit suntikan idea cun untuk diadoptasikan oleh pengusaha kedai makan, warung atau gerai makan. Bagi yang punya kepakaran, boleh sahaja bikin sendiri template iklan yang ringkas seperti ini. Biarpun ia hanya template ringkas tetapi maklumat yang disediakan adalah hampir kepada lengkap. Tidak perlu untuk risau dengan kedudukan lokasi premis… luar kawasan atau tepi jalan jauh dari trafik atau hanya beroperasi dari rumah, itu bukan lagi masalah besar untuk dapatkan trafik. Jika dapat diheret masuk ke internet dengan bantuan template iklan seperti ini, itu sudah cukup bagus sebagai asbab pengguna dapat tahu keberadaan premis dan perkhidmatan yang disediakan….
Yang kurang pengalaman untuk pasang dan sediakan template iklan secara mandiri, Emmmm… boleh tanya admin blog ini untuk bantuan dan kos yang diperlukan. Dapat buat sendiri, itu lebih bagus. Kos anggaranya sekitar RM100 ke RM1250 sebulan. Yang tidak punya kepakaran, elok cuba cara ini.
Kesimpulannya…
Jika sebulan dapat kutip 10k+ jumlah tontonan dan 5% darinya berjaya ditarik untuk ke premis menjadi pengguna atau pelanggan baru, itu sudah cukup baik untuk saiz premis seperti warung mee udang ini. Itu belum diambil kira sokongan dari pelanggan tetap sedia ada yang telah berjaya ditambat hati mereka dengan kualiti perkhidmatan yang telah disediakan lagi… dan proses ini perlu diulang-ulang secara berterusan dan peranan template iklan ini adalah untuk memudahkan urusan pusingan tersebut dan oleh kerana itu template iklan seperti ini peranannya menjadi sangat penting.
Sekali pasang, peranannya sebagai agen pelaris akan berterusan selagi tidak dihentikan operasinya…