Categories
Free Education Programs Research & Development

Testing Iklan Berbayar Dekat FB

Baru-baru ini admin try test buat 1 iklan dekat fb ads menggunapakai kaedah boost post. Respond okay dan admin telah berjaya mengumpul 152 like dalam masa 2 hari ( simpan p laaa, mana tau boleh tebus hadiah nanti ). Jumlah post yang diviralkan oleh FB adalah 1418 penampilan dan dengan kos pengiklanan tetap sebanyak RM 15 sahaja.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Baru-baru ini admin try test buat 1 iklan dekat fb ads menggunapakai kaedah boost post. Respond okay dan admin telah berjaya mengumpul 152 like dalam masa 2 hari ( simpan p laaa, mana tau boleh tebus hadiah nanti ). Jumlah post yang diviralkan oleh FB adalah 1418 penampilan dan dengan kos pengiklanan tetap sebanyak RM 15 sahaja.

Semua setting ikut target tertentu dan bukan rambang. Produk yang dipasarkan adalah brain booster dan hasilnya adalah kosong dan yang untungnya syarikat FB ads. Heeee..heeeeeee dan bajet tadi dikira burn MACAM TU SAJA  sebab ini sesi test market. Ada banyak kemungkinan yang boleh dipertimbangkan kenapa tak boleh dapat sale dari FB. Mungkin?

  1. Disebabkan produk baru dan local buyer belum bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran produk tersebut.
  2. Harga mahal sangat. Biasa laaaa, barang kena import dari luar dan produk pulak untuk geng-geng tertentu sahaja.
  3. Adakah disebabkan oleh pengaruh dan desakan keadaan ekonomi semasa?
  4. Admin bukan pemilik jenama terkenal, berkemungkinan besar ada kaitan dengan masalah trusted pun boleh jadi.
  5. Maklumat berkaitan dengan produk?. Mungkin tidak cukup atau tidak lengkap ( produk baru testimoni pun tak dak lagi ). Tak akan nak copy dari official website pulak?, atau reka ayat sendiri..haaaaa..haaaaa  ( lekeh dan admin tak layan teknik macam tu )..heeee…heeeee.
  6. Buat masa ini produk yang sama telah dilanggan hampir 100K +++ oleh pengguna diperingkat global( kenapa tidak disini? ).

Itu haaaaaa beberapa perkara yang perlu difikirkan oleh admin sampai cemuih. Buat masa ini, kebanyakkan sale datang dari blog + seo ( buyer datang dari search engine memang sempoi ). Emmmmm….adakah produk ini tidak sesuai untuk warga FB?…..mungkin juga dan mungkin juga tidak.

Setakat ini, admin fokus cari buyer dari SEARCH ENGINE sahaja. Lambat dapat sale pun tak apa asalkan kos iklanya free dan kita hanya  perlukan sedikit masa untuk tunggu buyer dari search engine ini datang dan sangkut dengan tawaran yang kita buat ( kena banyak bersabar dan kena ada kaedahnya yang khusus ).

Emmmmmm, karangan ini terpaksa diberhentikan dulu. Admin nak layan ROBOTIC WAR GAME pulak….

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh saja whatsapp/telegram ke talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Ini Namanya Pokok Pegaga

Pegaga - Nootropics

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *