Posted on

Tip pilih saham

Assalamualaikum,

Rasanya dah lama saya tak cerita tentang pasaran saham.Nak cerita sikit saja bab saham nih.Apa dia ?.Macam mana nak pilih kuanter saham.Teknik nih saya dapat dari buku yang bertajuk ” Selecting shares that perform “.Dalam banyak-banyak perkara ada beberapa tip penting akan saya cerita dekat sini.Nak tau kesudahanya sila baca lagi..

Semuanya ada lebih kurang 10 cara yang diceritakan dalam buku yang saya katakan tuh.Tapi saya nak cerita dalam nih 1 saja.Yang lain tuh hari lain pulak.Kalau ikut dalam buku tuh dia kata kalau nak cari kuanter yang baik kita kena cari yang buat perniagaan yang kukuh.Kalau dekat malaysia nih berdasarkan pengalaman saya Syarikat Talikom Malaysia,Maybank,TNB,AIR ASIA,DIGI,BURSA MALAYSIA sendiri dan banyak lagi.Tapi kuanter nih semua boleh dikatakan harganya tinggi belaka kecuali AIR ASIA ( RM 0.955 )ini adalah harga diwaktu saya dok tengah karang bab nih iaitu pada ( 19/03/09 11:09am ).

Kalau nak cari kuanter yang ada perniagaan kukuh tapi harga murah pun ada contohnya yang boleh saya bagi dekat sini adalah RAMUNIA.Harga dia waktu saya karang cerita nih adalah (RM 0.275 )yang ini boleh dikatakan kuanter kegemaran saya.Tapi kalau anda semua nak beli kuanter nih kena buat analisis dulu noo. Warrent buffet pun guna teknik ini.Anda kenal dengan orang tua nih?.Dia nih orang terkaya nombor 2 di dunia.Aktiviti perniagaan dia pelaburan.Biasanya kuanter-kuanter yang mempunyai perniagaan yang kukuh nih biasanya duduk dalam kelompok ” blue chip”.Kalau duduk dalam kumpulan nih kira O.k aaa kuanter tuh.Tapi selain dari ” kuanter blue chip ” yang tak duduk dalam kumpulan nih pun ada juga yang baguih.Kena rajin-rajin cari dan kaji baru boleh jumpa.

Aaaah itu dia tip untuk kali nih,Ingat kalau nak cari kuanter dan kalau nak kurangkan risiko dipasaran saham cari kuanter yang ada perniagaan yang kukuh.Perniagaan yang kukuh nih bukan ada dekat kuanter ” blue chip” saja.Yang bukan blue chip pun banyak.Jadi kena rajin-rajin cari.Kalau malas nak cari anda boleh upah saya untuk cari kuanter tuh dekat anda siap dengan datanya sekali.Tapi anda akan dikenakan sedikit caj perkhidmatan.Harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat melabur.

More from my site

  • Teknikal analisis : Mari belajar mengenali MACDTeknikal analisis : Mari belajar mengenali MACD Assalamualaikum, Perlis, 2 Sept - Apa khabar semua ? selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50.Moving averages kita dah tengok,candlestick chart pon kita dah tengok dan pada kali […]
  • Cara Mudah Tambah IncomeCara Mudah Tambah Income Bagi geng tidak banyak duit, kerja makan gaji, pemilik syarikat kecik dan sesiapa sahaja yang berani dan berhajat untuk tambah income. Boleh bejalar cara-caranya dekat sini.....memang puas hati..
  • Untuk Peminat Bitcoin Dan CryptocurrencyUntuk Peminat Bitcoin Dan Cryptocurrency Boleh saja cedok dan guna hasil R&D ini dan adjust mana-mana part yang patut untuk KEGUNAAN anda bagi melancarkan lagi potfolio pelaburan terutamanya yang melibatkan bitcoin dan […]
  • Pelaburan Emas Di MalaysiaPelaburan Emas Di Malaysia Terjebak dengan pelaburan emas, sehingga mampu menyimpan rezab simpanan emas berkilo-kilo. Semuanya bermula dari bawah.

6 thoughts on “Tip pilih saham

  1. saya berminat dlam pernaigaan saham,masih di peringkat ingin mengetahui saham apa yang terbaik dan jumlah kos untuk pelaburan awal.juga bagai mana untuk bermula

    Dari admin,
    Terima kasih kepada saudara kerana berminat untuk bertanya,Kalau ikut cara saya:
    Saham perladangan,saham berkaitan minyak,Yang berkaitan dengan GLC,yang berkaitan dengan penguna dan lulus syariah.Modal permulaan RM5 K jadi aa.Itu pun dah kira banyak(untuk sesi percubaan).

    Minta maaf ye,saya dapat tak dapat menghubungi saudara melalui email kerana alamat email saudara tidak berfungsi.Jadi kalau saudara berminat nak tahu lebih lanjut berkaitan pasaran saham,sila emailkan sekali lagi alamat email saudara yang betul kepada saya dan harap maklum.

  2. kaunter ghlsys tgh meletop!!! sesuai untuk org bru…1/9/09 hrga rm0.225 4/9/09 hrga rm0.295

  3. ada beberapa saham yang pada pendapat saya boleh dibeli tapi kena simpan untuk jangka panjang antaranya Axiata, Gamuda, WCT, Tm . Kaunter ini masih pada harga yang agak rendah RM 2.70 – RM 3.20 dan kalau disimpan dalam jangka masa panjang boleh meningkat lagi. Berdasarkan pengalaman saya, saya beli WCT, Axiata dan Gamuda pada harga RM 1.00 (WCT) Axiata (RM 1.80) dan Gamuda (RM 2.50) pada awal 2009 . Apa yang saya lihat harganya telah berada pada tahap yang sama mulai Julai iaitu RM 2.50 hingga Rm 3.50)

    Selain itu ada beberapa kaunter menarik dan telah memberikan keuntungan kepada saya IJM dan IOI. Harga kedua-dua kaunter ni dah melepasi RM5.00 waktu saya beli IJM dan IOI cuma RM2.00. Kaunter ni telah naik melebihi 100% dalam jangka masa tak smpai dua tahun

  4. Emmm biasanya kalau dalam jangka masa panjang selalunya memang boleh bagi untung.

  5. salam..
    saya amat berminat dlam pernaigaan saham,masih di peringkat ingin mengetahui saham apa yang terbaik dan jumlah kos untuk pelaburan awal. kawan2 ade jugak yg skg ni giat duk melabur…tapi diorg lebih berminat dgn FOREX, pada sya,, mmg berisiko bt ms skg ni..jadi nak jugak mohon nasihat dari pakar.. berkaitan dgn saham ni.. saham mane yg berpotensi…SAAG ke..antaranya..ato mane2..dan juga bagai mana untuk bermula
    terima kasih

  6. Salam saudara Hirman,

    Untuk mahir dalam bidang pelaburan saham kena ambil masa yang lama, untuk peringkat mula pilih saham yang berkualiti terlebih dahulu.Macam mana nak tau satu-satu saham tu ada kualiti? sebahagianya ada diceritakan dalam laman web saya.Yang selebihnya pelan-pelan belajar dan selalu google dalam internet..Untuk kurangkan risiko rugi di pasaran saham langkah yang selamat adalah beli dalam jumlah kuantiti yang kecil terlebih dahulu.Ada lagi nanti kita sambung dalam komen akan datang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *