Posted on

Trading Dekat Binance Tidak Menarik Langsung

Assalamualaikum dan salam hormat,

Sebelum ini admin ada memuat naik karangan berkenaan binance exchange dan kenapa perlu guna binance untuk trade segala jenis cryptocurrency. Untuk posting kali ini, saranan tersebut ditarik balik….heeeee..heeee. Sebelum ni tertarik ke sana kerana dapat diskaun 50% dan liquidity.

Apa masalahnya?..

Admin bertahan dekat sana 2 minggu lebih kurang macam tu sahaja dan kenapa admin belah keluar dari platfom tersebut?……jawapanya, admin tidak serasi dengan format trading yang mereka sediakan. Part yang tak boleh belah adalah yang berkaitan dengan fix amount yang ditetapkan. Tidak boleh menggunapakai semua fund yang ada untuk open trade. Setiap trade pasti akan ada baki yang terpaksa ditinggalkan di dalamnya. Di antara banyak-banyak platfom cryptocurrency exchange yang admin pernah guna, binance sahaja yang menggunakan format serupa itu ( compare dengan exchange yang sebelum ini ). Memang tak berkenan laa format trading yang semacam tu dan dari segi liquidity nya memang terbaik…..

Sekarang bertapak dekat sini pulak…

Selamat mencuba kepada trader yang belum pernah mencuba. Nak tau kena test dulu naaaaaa dan sekarang ini admin bertapak pulak dekat platfom Cryptobridge decentralized exchange. Tidak perlu verifikasi segala bagai dan platfom masih dalam format alpha. Yang menariknya tentang platfom baru ini adalah, dibukanya peluang perkongsian keuntungan kepada members berstatus tetap ( kena beli share BTS ), segala jenis cryptocurrency disediakan termasuk BRIM…heee..heee dan banyak lagi kelebihan lain-lainya. Cuba jangan tak cuba..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *