Categories
produk kraftangan

Tudung saji koleksi terbaru kraftangan dari bahan kitar semula

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi, ada koleksi terbaru kraftangan dari bahan  kitar semula yang hendak saya ketengahkan pada kali ini iaitu tudung saji.Di hasilkan sepenuhnya dari bahan kitar semula iaitu kertas surat khabar. Ini adalah sebahagian dari koleksi terbaru untuk tahun 2010 yang baru di siapkan.Contoh tudung saji yang dimaksudkan anda semua boleh lihat dibawah.Sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan produk hiasan atau pun untuk digunakan sebagai tudung saji.Maklumat  lanjut sila rujuk dibawah:

Tempah Sekarang
HARGA : RM180 / RM80
Urusan Pembayaran:

Untuk tempahan sila klik banner dibawah:

[nggallery id=28]

Spesifikasi tudung saji:

Saiz: Ukur lilit 205 cm x tinggi 20cm
Warna: Sesuai untuk semua jenis warna
Jangka masa untuk disiapkan: 2 minggu
Bahan utama: Kertas surat khabar kitar semua, syilek, dawai dan kretiviti.

*Bab konsep harga anda yang tentukan sendiri, jika harga yang anda tawarkan itu sesuai dan serasi dengan pihak kami.Ini bermakna urusniaga ini akan diteruskan.Jika sebaliknya berlaku dan jika anda masih berminat dengan produk yang ditawarkan urusan tawar-menawar akan diteruskan sehingga harga yang ditetapkan sesuai dan dipersetujuai oleh kedua-dua belah pihak.Harap maklum.

Seperti biasa jika anda berminat untuk memiliki koleksi terhad produk kraftangan dari bahan kitar semula yang sedang ditawarkan ini,  anda boleh buat tempahan sekarang. Pembeli sebelah utara diutamakan.Harap maklum.

Hanya itu sahaja info perniagaan pada kali ini, sekian terima kasih dan selamat berurusniaga.

Be the first to write a review

3 replies on “Tudung saji koleksi terbaru kraftangan dari bahan kitar semula”

saya ada banyak surat khabar lama tapi nak buat produk kitar semula tak tahu cara.boleh tak bagi satu cara mudah untuk dijadikan produk kraftangan selain tudung saji dan pasu dan bagaimana untuk bercakap dengan anda.

Dari admin niaga24jam.com,

Kena cari tok guru kalau nak belajar buat benda ni, tapi kalau Pn seorang yang kretif alat yang perlu ada kertas, gunting, dawai, gam, pemotong dawai dan yang penting sekali kretiviti..

Tudung saji di atas sesuai untuk dibuat hiasan, kalau nak guna untuk tutup makanan rasanya kurang sesuai.. sebab makanan yang panas akan beri impak kepada kertas/ surat khabar yang digunakan… lebih-lebih lagi tudung saji ini kalau telah disembur dengan spray pewarna atau juga telah di varnish untuk dapatkan hasil yang menarik.. (ini hanya pandangan peribadi saya).

Walau apa-apapun memang cantik tudung saji ini.. sangat kreatif dan kemas hasil kerja si pembuatnya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *