Hacking mind

Untuk Blogger Sahaja Naaa!

Assalamualaikum dan salam hormat,

Dekat Malaysia ni ramai blogger. Dekat blog, depa isi macam-macam benda dan ada yang menarik dan ada yang tidak. Yang tidak menarik ni biasanya yang bersifat merapu.

Kalau nak untung dikemudian hari sila guna cara ini. Dah alang-alang nak jadi blogger, elok buat sampai dapat hasil.  Jadilah blogger yang suka muat naik atau menghidangkan sesuatu yang ada nilai tambah ( maklumat yang berfaedah ). Untuk apa? ini yang nak cerita ni. Senang cerita macam ni, isi kandungan dalam blog kalau boleh bagi ada info yang berguna dan yang bersifat nilai tambah ( content marketing ). Tak kira la apa topik pun janji bersifat nilai tambah ( maknanya pembaca bila baca saja mereka akan dapat sesuatu yang berguna ). Biasanya blogger yang serius mereka akan bertahan sehingga 10 ke 15 tahun malah lebih dari itu pun ada ( bersangkutan dengan hobi dan minat, sebab tu boleh bertahan dengan begitu lama ).

Kira-kira dia lebih kurang macam ni,

Seminggu, seorang blogger tegaq mungkin akan memuat naik 1 atau 3 cerita menarik di blognya. Sebulan ada kot 7 ke 8 cerita. Jika didarab dengan setahun ( jika aktif laaa ) kira cincai, ada kot dalam 80 topik atau kurang sikit dari tu ( setahun punya hasil aktiviti blogging ). Cukup 3 atau 4 tahun dia dah boleh terbitkan satu buku yang mana isinya diambil secara direct dari isi yang ada di dalam blog. Cerita mudahnya, jika masa blogging pun ramai pembaca suka baca dengan apa yang telah dimuat naik. Jika di cetak di dalam format buku pun ianya akan tetap berlaku perkara yang sama.

Itu lah benda baik yang admin nak sampaikan. Blogging sampai boleh terbitkan sebuah buku setiap 3 ke 4 tahun sekali ( tak ramai yang buat aktiviti macam ni dekat Malaysia, lepas ni pasti ramai blogger  yang akan jadi penerbit buku ). Jangan lupa royalti idea untuk admin…heee…heeee.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: penulis berbakat sila pastikan anda lambakkan segala hasil karya bertaraf 5 star anda di blog ( platfom sendiri ) dahulu sebelum di viralkan ke platfom media sosial. Banyak manfaatnya dan memang rugi lahh kalau tak buat.

More from my site

  • Hard Sell Dan Soft SellingHard Sell Dan Soft Selling Sila guna kedua-dua kemudahan tadi jika terlibat secara serius di dalam aktiviti bisnes terutamanya online. Tak payah laaaaa nak fokus sangat pada satu-satu pakej kerana semua itu boleh […]
  • Blog Adalah Mesin Sedut DuitBlog Adalah Mesin Sedut Duit Admin start bela dan menternak blog ni.......... sejak dari tahun 2006 lagi. Salah satu darinya adalah blog niaga24jam.com. Aktiviti menternak dan membela blog merupakan salah satu […]
  • Bitcoin Store Dan Account TwitterBitcoin Store Dan Account Twitter Bitcoin store support 100% sistem pembayaran menggunakan bitcoin dan ini merupakan salah satu cara mudah untuk masuk ke pasaran antarabangsa bersama-sama sistem pembayaran yang lebih […]
  • Pelaburan Atas Nama Bitcoin Mula Masuk MarketPelaburan Atas Nama Bitcoin Mula Masuk Market Bitcoin dijangka akan mencecah $3000 ke $5000 dalam tempoh waktu terdekat ( Bajet 2 tahun +++++++++++ 5 tahun ). Bukan esok hari di dalam kelendar skim cepat kaya.

2 thoughts on “Untuk Blogger Sahaja Naaa!”

  1. Betul juga. Sekarang ramai yang admin Facebook page buat post-post status compiled jadi buku. Ada yg bagus, ada juga yang mengarut. Idea ni bagus utk blogger yg ada niche tertentu yg menarik dan, bak kata penulis, ada nilai.

  2. Buat saja..ini boleh dijadikan satu sumber pendapatan yang lumayan. Mungkin 2 tahun sekali terbit buku tapi bagi saya 3 tahun sekali sedap sikit kerana content nya sudah tentu banyak..kalau dapat jual 5000 unit pun dah okay…income selam sambil minum air katakan…apa macam?.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *